...wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat - Al-Bakarah, 153
Sabtu, 26 Mac 2011
Khamis, 17 Mac 2011
AURAT WANITA
(AURAT WANITA DARI FIRMAN ALLAH DAN HADIS-HADIS NABI) 1. Bulu kening- Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.2. Kaki (tumit kaki)-"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.3. Wangian- "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.4. Dada- "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "An-Nur : 315. Gigi- "Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.6. Muka dan Tangan- "Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.7. Tangan- "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.8. Mata- "Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.9. Mulut (suara)- "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32. Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.10. Kemaluan- "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An Nur : 31."Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar. "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
11. Pakaian- "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah."Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu."Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.12. Rambut- "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

Rabu, 16 Mac 2011
Merapu
Menurut Kamus Dewan merapu membawa maksud melakukan sesuatu sama ada kata-kata atau kelakuan dengan tidak menentu atau merapik. Kesimpulannya, merapu merupakan percakapan atau perbuatan yang dibuat atau diujarkan oleh seseorang tanpa tujuan atau tidak mempunyai hujah atau sandaran bukti percakapan.
Di negara kita dewasa ini, merapu telah boleh diterima pakai dalam masyarakat. Budaya melepak di kedai kopi sama ada kedai kopi berjenama atau warung pinggir jalan, maka kita akan dapat lihat budaya merapu ini. Apakah yang dibualkan oleh penghuni kedai kopi ini? Banyak ceritanya adalah cerita merapu. Terlalu banyak isu yang dibincangkan dari agenda lokal hingga ke peringkat global.
Di peringkat media juga banyak cerita merapu yang dihidangkan untuk pembaca. Meneliti akhbar arus perdana, maka di muka hadapan atau di ruang utama akan ada kisah liwat DSAI. Tidakkah cerita itu merapu, apatah lagi jika ada anak kecil akan bertanya "ayah, apakah liwat?" Tidak adakah kisah utama yang ingin dipaparkan oleh ketua pengarang akhbar berkenaan melainkan cerita merapu itu. Jika benar hendak membasmi liwat dan memartabatkan agama Islam, mengapa tidak digempur bersungguh-sungguh kegiatan liwat di Lorong Haji Taib yang dah terkenal berdekad-dekad lamanya.
Melihat akhbar bersaiz kecil pula, akan ada kisah khalwat, rogol, cerai dan bersekedudukan yang akan dipamerkan dengan tujuan untuk melariskan jualan akhbar. Cerita merapu ini lama kelamaan akan menjadikan pembaca ketagih membacanya terutama golongan remaja. Dikhuatiri nanti remaja ini akan berperlakuan seperti yang dilaporkan, hasil nukilan kisah merapu pengarang tersebut.
Televisyen pula pusat cerita merapu. Lihat sahaja rancangan Melodi, Senario, Raja Lawak, AF, Mentor dan sebagainya, bukankah rancangan ini rancangan merapu yang tiada hala tujuan yang baik untuk penonton yang menontonnya. Sebab itulah orang-orang yang melepak di kedai kopi menjadi perapu hasil didikan media kita itu.
Parti politik juga merupakan agen perapu yang besar dalam masyarakat. Penyataan yang menyatakan tanpa mereka tiada pembangunan, tanpa mereka tiada kehidupan dan kemajuan merupakan ungkapan merapu bertaraf mega. Sebab itulah menteri akan berjanji macam-macam pada masa PRK, kerana rakyat yang kaki merapu suka mendengar janji-janji perapu ini yang dianggap benar dan bernas sekali. Memang tidak dapat dinafikan masih ada projek mee segera ini yang dilaksanakan, namun terdapat juga projek yang dijanjikan yang tidak dilaksanakan. Ini menunjukkan PRK tempat perapu untuk merapu dengan gah sekali.
Bekas PM tua yang bergelar Tun itu juga semakin kuat merapunya kini. Kita sedia faham, orang yang dilanjutkan usianya biasanya akan berhadapan dengan penyakit nyanyuk. Namun merapu si Tun ini merapu bertaraf 'mega sale'. Menurutnya apa yang berlaku di negara ini sewaktu beliau memerintah bukan dalam kawalannya. Pandangan yang merapu. Takkan seorang ayah yang dianggap baik tidak boleh mengawal tingkah laku akan-anaknya?.
Namun kenyataan isteri PM berkaitan tsunami di Jepun merupakan kenyataan merapu terhebat dekat ini. Mana tidaknya, apakah kaitan pembangunan di Jepun dengan gempa bumi dan tsunami?. Kita khuatir apakah merapu ini menjadi budaya beliau sekeluarga. Jikalau benar begitu, kita semua berada dalam bahaya!

Selasa, 15 Mac 2011
Ucaptama IBLIS Kepada Warga Neraka
Menurut sebuah hadith, diterangkan bahawa di neraka disediakan sebuah mimbar dari api untuk iblis. Dia dipakaikan pakaian dari api, mahkota dari api dan diikat dengan tali dari api.
Kemudian dikatakan kepada Iblis : “Wahai Iblis, naik ke atas mimbar dan bersyarahlah kepada ahli neraka”. Lalu Iblis berkata :
“Wahai para penghuni neraka !” beliau terus berkata :
“Wahai orang-orang KAFIR dan orang-ornag munafiq, sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan kepada kamu dengan janji yang benar bahawa kamu semua akan mati, akan dihalau dan dihisabkan dan menjadi dua kumpulan, satu ke syurga dan satu ke neraka Sa’ir.”Tambah Iblis lagi:
“Kamu semua menyangka bahawa kamu tidak akan meninggal dunia, bahkan kamu menyangka akan tetap berada di dunia. Tidaklah ada kekuasaanku ke atas kamu semua melainkan aku hanya menganggu kamu.
Akhirnya kamu semua mengikutku, maka dosanya untuk kamu. Oleh yang demikian, janganlah kamu mengumpat dan mencaciku, sebaliknya umpatlah dirimu sendiri kerana sesungguhnya kamu sendirilah yang lebih berhak mengumpat daripada aku yang mengumpat”.
Berkata iblis lagi:
“Mengapakah kamu tidak menyembah Allah, sedangkan Allah SWT yang menciptakan sesuatu ?”.Seterusnya Iblis berkata:
“Hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kamu semua dari siksa Allah, kamu juga tidak dapat menyelamatkan aku. Sesungguhnya pada hari ini aku melepaskan diri dari apa yang telah aku katakan kepada kamu semua, sesungguhnya aku telah diusir dan ditolak dari rahmat Tuhan Sekelian Alam”.
Lalu Iblis itu dipukul oleh Malaikat Zabaniyah dengan tombak dari api dan dia jatuh ke tempat yang paling bawah. Dia kekal bersama-sama pengikutnya di neraka.
Malaikat Zabaniyahpun berkata :
“Tidak ada kematian bagi kamu semua dan tidak pula bagimu kesenangan, kamu kekal di dalamnya buat selam-lamanya”.

15 Sebab Turunnya Bala
Mengapa Manusia Ditimpa Bencana?
Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:
1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.
2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).
3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.
5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.
6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.
9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.
10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.
11. Apabila arak menjadi minuman biasa.
12. Apabila lelaki memakai sutera.
13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.
14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.
15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.
Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.

Ahad, 13 Mac 2011
Gambar Anak Tun M dengan tin minuman
Sabtu, 12 Mac 2011
BEKERJA ITU IBADAH
Bekerja bukan hanya keperluan, tapi kewajipan. Berpahala jika dilakukan, berdosa kalau ditinggalkan. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa seorang lelaki dari kaum Ansar datang menghadap Rasulullah saw dan meminta sesuatu kepada beliau. Rasulullah saw bertanya, “Adakah sesuatu di rumahmu?”
“Ada, ya Rasulullah!” jawabnya, “Saya mempunyai sehelai kain tebal, yang sebahagian kami gunakan untuk selimut dan sebahagian kami jadikan alas tidur. Selain itu, saya juga mempunyai sebuah mangkuk besar yang kami pakai untuk minum.”
“Bawalah ke mari kedua-dua barang itu,” sambung Rasulullah saw. Lelaki itu membawa barang miliknya dan menyerahkannya kepada Rasulullah. Setelah barang diterima, Rasulullah saw segera melelongnya. Kepada para sahabat yang hadir pada saat itu, beliau menawarkan pada siapa yang mahu membeli. Salah seorang sahabat menawar kedua-dua barang itu dengan harga satu dirham. Tetapi Rasulullah menawarkan lagi, barangkali ada yang sanggup membeli lebih dari satu dirham, “Dua atau tiga dirham?” tanya Rasulullah kepada para hadirin sampai dua kali. Inilah lelong pertama kali yang dilakukan Rasulullah.
Tiba-tiba salah seorang sahabat menyahut, “Saya beli keduanya dengan harga dua dirham.”
Rasulullah menyerahkan kedua-dua barang itu kepada si pembeli dan menerima wangnya. Wang itu lalu diserahkan kepada lelaki Ansar tersebut, seraya berkata, “Belikan satu dirham untuk keperluanmu dan satu dirham lagi belikan sebuah kapak dan engkau kembali lagi ke sini.”
Tidak lama kemudian orang tersebut kembali menemui Rasulullah dengan membawa kapak. Rasulullah saw melengkapkan kapak itu dengan membuatkan pemegangnya terlebih dahulu, lantas berkata, “Pergilah mencari kayu api, lalu hasilnya kamu jual di pasar, dan jangan menemui aku sampai dua pekan.”
Lelaki itu taat melaksanakan perintah Rasulullah. Setelah dua pekan berlalu ia menemui Rasulullah melaporkan hasil kerjanya. Lelaki itu menuturkan bahawa selama dua pekan dia berjaya mengumpulkan wang sepuluh dirham dan sebahagian dibelikan makanan dan pakaian. Mendengar penjelasan lelaki Ansar itu, Rasulullah bersabda, “Pekerjaanmu ini lebih baik bagimu daripada kamu datang sebagai pengemis, yang akan membuat cacat di wajahmu kelak pada hari kiamat.”
Rasulullah saw memberikan pelajaran menarik tentang pentingnya bekerja. Dalam Islam bekerja bukan sekadar memenuhi keperluan perut, tapi juga untuk memelihara harga diri dan martabat kemanusiaan yang seharusnya dijunjung tinggi. Kesimpulannya, bekerja dalam Islam dipandang amat mulia. Islam sangat menghargai orang yang bekerja dengan tangannya sendiri. Rasulullah saw pernah ditanya, “Pekerjaan apakah yang paling baik?” Beliau menjawab, “Pekerjaan terbaik adalah usaha seseorang dengan tangannya sendiri dan semua perniagaan dianggap baik,” (HR Ahmad dan Baihaqi).
Sedemikian tingginya penghargaan itu sehingga orang yang bersungguh-sungguh bekerja disamakan dengan mujahid fi sabilillah. Kerja tidak hanya menghasilkan nafkah material, tapi juga pahala, bahkan maghfirah dari Allah SWT. Rasulullah saw bersabda, “Jika ada seseorang yang keluar dari rumah untuk bekerja bagi menyara kehidupan anaknya yang masih kecil, maka ia telah berusaha di jalan Allah. Jika ia bekerja untuk dirinya sendiri agar tidak sampai meminta-minta pada orang lain, itu pun di jalan Allah. Tetapi jika ia bekerja untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megahan, maka itulah ‘di jalan syaitan atau kerana mengikuti jalan syaitan,” (HR Thabrani).
Kerja juga berkait dengan martabat manusia. Seorang yang telah bekerja dan bersungguh-sungguh dalam pekerjaannya akan meningkatkan martabat dan kemuliannya. Sebaliknya, orang yang tidak bekerja alias penganggur, selain kehilangan martabat dan harga diri di hadapan dirinya , juga di hadapan orang lain. Jatuhnya harakat dan harga diri akan menjerumuskan manusia kepada perbuatan hina. Tindakan mengemis, merupakan sesuatu yang hina baik di sisi manusia maupun di sisi Allah SWT. Orang yang meminta-minta bukan sahaja hina di dunia, tapi juga akan dihinakan Allah kelak di akhirat.
Rasulullah saw bersabda, “Demi Allah, jika seseorang di antara kamu membawa tali dan pergi ke bukit untuk mencari kayu api, kemudian dipikul ke pasar untuk dijual, dengan bekerja itu Allah mencukupi keperluanmu, itu lebih baik daripada ia meminta-minta kepada orang lain,” (HR Bukhari dan Muslim).
Bekerja juga berkait dengan kesucian jiwa. Orang yang sibuk bekerja tidak akan ada waktu untuk bersantai-santai dan melakukan ghibah serta membincangkan orang lain. Ia akan menggunakan waktunya untuk meningkatkan kualiti kerja dan berusaha.
Begitu pentingnya maksud bekerja, sehingga Islam menetapkannya sebagai suatu kewajipan. Setiap Muslim yang berkemampuan wajib hukumnya bekerja sesuai dengan bakat dan kemampuannya.
Abu Hanifah adalah seorang ulama besar yang sangat dihormati. Ilmunya luas dan muridnya banyak. Di tengah kesibukannya belajar dan mengajar, ia masih dapat meluangkan masa untuk bekerja sehingga tidak jelas apakah ia seorang pedagang yang ulama atau ulama yang berdagang. Baginya, berusaha itu suatu keutamaan. Sedangkan berjuang, belajar dan mengajarkan ilmu itu juga kewajipan.
Tentang nilai usaha ini, Islam tidak hanya bicara mengikut teori semata-mata, tapi juga memberikan contohnya. Rasulullah saw adalah seorang pekerja. Para sahabat yang mengelilingi beliau juga adalah para pekerja. Lapan sahabat Rasulullah saw yang dijamin masuk surga adalah para saudagar yang kaya.
Kenapa orang yang bekerja itu mendapatkan pahala di sisi Allah SWT? Jawapannya mudah, kerana bekerja dalam konsep Islam merupakan kewajipan atau fardhu. Dalam kaedah fiqh, orang yang menjalankan kewajiban akan mendapatkan pahala, sedangkan mereka yang meninggalkannya akan mendapat dosa. Tentang kewajiban bekerja, Rasulullah bersabda, “Mencari rezeki yang halal itu wajib sesudah menunaikan yang fardhu (seperti solat, puasa dan sebagainya),” (HR ath-Thabrani dan al-Baihaqi)
Kerana bekerja merupakan kewajipan, maka tidak hairan jika Umar bin Khaththab pernah menghalau orang yang berada di masjid agar keluar untuk mencari nafkah. Umar tidak suka melihat pada siang hari orang asyik duduk di masjid, sementara matahari sudah meninggi.

Langgan:
Catatan (Atom)
Anak Tun M...Maizura tengah pegang tin minuman