Isnin, 28 Februari 2011

Warna Warni duka


Di New Zealand



Di Afghanistan



Di Libya



Di Yaman



Di Bahrin



Di Greek



Di Bangladesh

Ahad, 27 Februari 2011

Minda Dato Ahli Parlimen Temerloh

KUALA LUMPUR, 28 Ogos — Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah membentangkan 30 alasan yang sering digunakan untuk menghalang pelajar institusi pengajian tinggi dan pensyarah menyertai politik secara aktif.

Dalam penjelasan panjang lebar kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno semalam, Saifuddin berkata, alasan bahawa pelajar akan mengalami gangguan tumpuan dalam pengajian mereka dengan menyertai politik luar adalah tidak benar sama sekali.

“Kalau begitu, orang yang sudah bekerja pun tidak boleh berpolitik sebab takut mengganggu kerja mereka,” kata beliau dalam kertas kerja yang dibentangkan pada mesyuarat MT semalam.

“Punca utama pelajar terganggu akademiknya adalah faktor lain.

“Ada pelajar yang tidak aktif apa-apa pun, tetapi masih terganggu juga akademiknya oleh pelbagai faktor lain seperti ‘clubbing’, putus cinta, murung dan sebagainya,” kata beliau.

Cara berfikir itu, menurut beliau, samalah dengan yang menuduh kokurikulum menyebabkan akademik terganggu dan premis ini telah ditolak oleh kajian, antara penyelidikan kendalian Universiti Harvard.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Saifuddin memberitahu, kertas kerja 80 perenggan itu dengan terperinci menjelaskan pandangan alam, cadangan, matlamat utama, halangan, perkembangan semasa, langkah kehadapan dan faedah membenarkan pelajar IPT berpolitik.

“Kertas itu juga menyenaraikan 30 alasan yang menentang cadangan saya itu dan menjawabnya dengan kemas satu persatu,” kata Ahli Parlimen Temerloh ini.

Saifuddin berkata, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak sekali lagi memperlihatkan sikap terbuka beliau untuk membincangkan idea membenarkan mahasiswa berpolitik.

“Saya memuji kenyataan Datuk Seri Najib di mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam bahawa waaupun Kabinet telah membuat keputusan melarang pelajar IPT berpolitik, namun beliau terbuka untuk membincangkannya.

“Datuk Seri Najib jelas memahami realiti politik semasa yang meraikan perbincangan idea-idea,” kata beliau.

Saifuddin berkata, Najib yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) juga dapat menyelami minda dan imaginasi belia terhadap politik.

“Sikap beliau ini amat signifikan dalam mematangkan demokrasi negara. Inilah corak kepemimpinan politik yang dinanti-nantikan oleh belia kita,” katanya lagi.

Najib juga menyatakan sikap terbuka berhubung idea itu ketika pertemuan Makmal Pemuda BN di ibu negara pagi semalam.

Akhir bulan lalu, Saifuddin memberitahu,idea membenarkan mahasiswa dan pensyarah politik akan dibawa ke mesyuarat MT untuk mendapatkan sokongan.

Bagaimanapun Kabinet dalam mesyuaratnya tiga minggu lalu telah menolak idea berkenaan.

Menjelaskan lanjut alasan-alasannya dalam kertas kerja itu, Saifuddin juga menyangkal bahawa pelajar tidak atau belum matang.

Katanya, definisi matang digunakan dalam undang-undang.

“Contohnya, dalam kes rogol, wanita berumur 16 tahun dikira matang untuk melakukan hubungan seks; dalam kes jenayah, orang berumur 18 tahun tidak lagi dibicarakan di mahkamah juvana; dan orang berumur 21 tahun layak mengundi.

“Jika wanita berumur 16 tahun dikira matang untuk melakukan hubungan seks dan seseorang berumur 18 tahun dikira matang untuk berhadapan dengan undang-undang jenayah, dan katakanlah kedua-duanya tidak memiliki kelayakan untuk menjadi pelajar IPT, maka, adakah wajar untuk mengatakan bahawa pelajar IPT, yang lulus SPM atau STPM atau setaraf dengan cemerlang dan mendapat CGPA yang cemerlang di IPT, adalah tidak matang jika dibandingkan dengan mereka?” katanya.

Dalam hal yang lain, kata beliau, sebaik sahaja seseorang itu melangkah keluar dari IPT dan menjadi guru siswazah, maka, beliau bukan sahaja dibenarkan menjadi ahli parti politik, malahan dibenarkan juga memegang jawatan dalam parti politik.

“Tetapi, beberapa detik sebelum itu, orang yang sama dianggap tidak matang?

“Apabila berumur 21 tahun, pelajar IPT dianggap layak mengundi dalam pilihan raya umum, tetapi, pada masa yang sama dianggap tidak layak menjadi ahli parti politik yang dipangkahnya itu?” katanya lagi.

Saifuddin berkata, jika alasan bahawa biarlah mereka memilih parti politik yang mereka suka selepas tamat belajar, kerajaan perlu melewatkan umur mengundi pelajar iaitu hanya boleh membuang undi selepas keluar IPT.

Malah beliau menolak tanggapan cerita-cerita tentang keburukan akibat pelajar aktif berpolitik, contohnya demonstrasi yang merosakkan harta benda.

“Cerita tentang demonstrasi perlu adil.

“Janganlah kalau ia melibatkan orang kita, maka demonstrasi dibolehkan, tetapi kalau melibatkan orang lain, maka demonstrasi tidak dibolehkan.

“Cerita merosakkan harta benda itu perlu diteliti. Contohnya, pelajar dituduh lari ke dalam masjid dengan tidak menanggalkan kasut. Logiknya, kalau dikejar, manalah sempat hendak membuka kasut!” katanya.

Jelas beliau, pelajar yang berlindung dalam masjid dituduh memecahkan tingkap kaca.

“Sebenarnya, tingkap kaca pecah terkena gas pemedih mata yang ditembak dari luar masjid ke arah pelajar. Ini adalah teknik menakutkan-nakutkan untuk membina ‘culture of fear’ yang tidak baik untuk pembangunan negara,” katanya lagi.

Beliau juga menyangkal bahawa pelajar-pelajar IPT sudah diberi ruang berpolitik melalui politik kampus.

“Politik kampus memang wujud. Sebenarnya, ia perlu ditingkatkan, misalnya dengan membenarkan pelajar melaksanakan sendiri pilihan raya kampus iaitu seperti yang berlaku di sesetengah IPTS kita dan di banyak universiti terbaik di luar negara,” katanya.

Saifuddin berkata, isu sekarang ialah mengiktiraf hak mereka sebagai warganegara yang dijamin oleh Perlembagaan.

“Politik kampus adalah terhad kepada aktiviti kokorikulum. Penglibatan pelajar dalam politik yang lebih luas akan menyuburkan lagi idealisme mereka dan akan dapat membantu mereka apabila berhadapan dengan dunia pasca-IPT,” katanya lagi.

Berhubung alasan bahawa pelajar akan diperkuda oleh pemimpin-pemimpin politik luar jika menjadi ahli parti, Saifuddin menyoal “siapa suruh pelajar jadi kuda?”

“Jadilah penunggang,” katanya.

Oleh sebab itu, kata beliau, negara harus memberi peluang kepada pelajar sebab mereka adalah sebahagian daripada masyarakat sivil.

“Kenyataan-kenyataan sebegini merendahkan keupayaan intelek pelajar.

“Sebenarnya, menyekat hak politik pelajar juga merupakan langkah memperkudakan pelajar iaitu membuat pelajar tidak boleh bersuara secara politik,” katanya.

Selain itu jelas beliau, tidak ada sesiapa yang mengatakan pelajar perlu mengurangkan fokus ke atas pelajaran.

Malah matanya, tidak ada data empirikal menunjukkan pelajar gagal dalam pelajaran disebabkan berpolitik.

“Ramai yang berpolitik di kampus yang berjaya pada hari ini.

“Ada juga yang tidak berpolitik semasa di kampus yang hari ini tidaklah berjaya sangat. Matlamat ke universiti ialah untuk menjadi insan yang baik, termasuk dalam bidang politik,” katanya.

Alasan-alasan lain dijawab Saifuddin ialah:

ALASAN: Politik kampus adalah ruang pelajar mengangkat idealisme pelajar sedangkan politik luar akan membunuh idealisme tersebut.

Jawapan: Cadangan ini mahu meluaskan ruang yang sedia ada untuk meningkatkan partisipasi pelajar dalam demokrasi. Persoalannya, apakah idealisme pelajar sekarang? Apakah pula contoh idealisme Umno/BN yang membunuh idealisme pelajar? Sebenarnya, pelajar juga mampu mencorakkan politik luar. Contoh-contohnya wujud dalam sejarah gerakan pelajar di luar negara dan juga di dalam negara.

ALASAN: Kalau pelajar menjadi ahli parti politik, mereka tidak lagi bebas mengkritik parti mereka.

Jawapan: Itu masalah parti tersebut yang tidak boleh dikritik, bukan masalah pelajar. Atau, kalau pelajar memilih untuk tidak mengkritik, maka, itu masalah peribadinya. Pelajar boleh memilih parti mana yang sesuai dengan dirinya. Apa yang menariknya ialah orang yang menggunakan alasan ini terkenal dengan sikapnya yang tidak menggalakkan pelajar mengkritik. Merekalah yang selalu melabelkan pelajar yang mengkritik sebagai “radikal”, “anti-establishment” dan “pro-pembangkang”. Jadi, apabila ia menggunakan alasan ini, ia hanya menunjukkan ini adalah alasan yang sengaja diadakan-adakan sahaja.

ALASAN: AUKU sebenarnya yang melindungi idealisme pelajar selama ini dan membentuk kepimpinan pelajar dengan acuan sendiri.

Jawapan: Apakah contoh idealisme pelajar yang dilahirkan oleh AUKU? Acuan apakah kepimpinan pelajar hari ini? Idealisme pelajar bukannya sekadar menuntut kurangkan bayaran PTPTN, harga makanan asrama atau isu bas. Idealisme pelajar adalah berasaskan perjuangan yang berdasarkan kecintaan terhadap nilai-nilai muluk seperti kebenaran, keadilan dan perpaduan, serta kebencian terhadap ciri-ciri buruk seperti kepalsuan, kezaliman dan perpecahan. Antara lain, idealisme adalah berlandaskan ayat al-Quran tentang menyeru kepada kebaikan (‘amal makruf) dan mencegah daripada keburukan (nahi mungkar). Kebanyakan kajian tentang AUKU Pindaan 1975 tidak menunjukkan yang ia melahirkan idealisme pelajar. Jika benar acuan yang dilahirkan AUKU itu positif untuk kerajaan, maka, mengapakah ia seperti tidak diterjemahkan dalam keputusan pilihan raya umum (contohnya Pilihan Raya Umum 2008) yang menyaksikan sokongan pengundi muda lebih condong kepada pembangkang?

ALASAN: Apabila pensyarah berpolitik, maka ia mengganggu proses pengajian di universiti kerana mereka akan cuba pengaruhi pelajar. Pensyarah berlainan parti akan gagalkan pelajar berlainan parti.

Jawapan: Universiti sudah lengkap dengan kaedah untuk mengawal mutu pengajaran dan pembelajaran. Pensyarah yang menggagalkan pelajar dengan alasan politik tidak layak menjadi pensyarah. Hukumlah beliau. Pokoknya, alasan ini menunjukkan sikap tidak percaya kepada pensyarah. Pensyarah dilihat lebih rendah daripada guru siswazah (yang pernah menjadi pelajarnya) yang kini dibenarkan aktif berpolitik. Pensyarah mempengaruhi pelajar IPT? Kalau begitu, silaplah kita membenarkan guru siswazah aktif berpolitik. Ini kerana, kalau pelajar IPT boleh dipengaruhi, ini kan pula murid sekolah. Sekali lagi, alasan ini berpunca daripada sikap tidak percaya kepada pensyarah.

ALASAN: Pendekatan populis ini tidak menguntungkan masyarakat kampus, sebaliknya mengundang bahaya kepada sistem pendidikan yang akan dipolitikkan.

Jawapan: Apa salahnya populis kalau ia bermatlamat untuk kebaikan rakyat dan bukannya diri sendiri? Ia lebih baik daripada tiada apa-apa pendekatan atau langsung tiada apa-apa pendirian. Kenapa perlu dipisahkan pendidikan dengan politik? Sekarangpun kita ada politik di kalangan universiti, pensyarah dan pelajar. Apa yang kita tidak mahu ialah politik ampu dan ragu, serta politik sempit dan kotor. Kalau adalah tempat terbaik untuk menjana politik ilmu dan baru, serta politik segar dan bersih, maka universitilah tempat yang terbaik. Alangkah anihnya, jika amanah besar itu ditolak oleh universiti dan sebaliknya diserahkan kepada orang lain.

ALASAN: Kalau semua pelajar berpolitik akan timbul lebih banyak masalah.

Jawapan: Pertama, apa masalahnya? Kedua, siapa kata semua pelajar? Ketiga, pelajar yang betul-betul aktif berpolitik bukanlah kumpulan yang besar. Keempat, apakah sekarang ini langsung tidak ada masalah?

ALASAN: Bayangkan kalau semua pelajar bebas bercakap apa saja, apa akan jadi pada keamanan negara? Kita banyak isu sensitif.

Jawapan: Pertama, kita mempunyai pelbagai undang-undang yang mencukupi untuk mengawal keadaan, seperti Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan sebagainya. Di IPT pula terdapat kaedah tatatertib. Kedua, kita telah lama merdeka. Kita perlu belajar berbincang isu-isu (yang dikatakan) sensitif dan bukannya menyapunya di bawah tikar.

ALASAN: Majoriti pelajar “anti-establishment”.

Jawapan: Bukankah sejak hampir satu dekad ini, keputusan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IPTA hampir 100 peratus dimenangi oleh kumpulan (yang dikatakan) pro-Aspirasi? Jadi, tidak betullah jika dikatakan majoriti pelajar adalah “anti-establishment”. Kalaupun benar pelajar “anti-establishment”, maka, sepatutnya difikirkan bagaimana untuk mengelakkan daripada “establishment” dibenci oleh pelajar. Kecualilah jika “establishment” memang tidak mahu atau tidak boleh dikritik.

ALASAN: Kita perlu lihat pro dan kontra perkara ini.

Jawapan: Maknanya kita perlu lihat pro dan kontra jaminan hak berorganisasi dalam Perlembagaan? Usahlah terlalu mudah menggunakan strategi pro dan kontra dalam penghujahan. Kalau begitu, nikahpun ada pro dan kontranya. Cara berfikir ini sekadar untuk menimbulkan alasan tidak bersetuju sahaja atau sengaja mengada-adakan alasan atau membesar-besarkan alasan semata-mata.

ALASAN: Pelajar Melayu sahaja yang minat politik. Pelajar Cina dan India lebih tumpu kepada pelajaran.

Jawapan: Ini pendapat yang berunsur perkauman. Seolah-olah kaum lain tidak endahkan politik. Sebenarnya, pelajar bukan-Melayu juga berminat dan aktif dengan politik.

ALASAN: Pelajar akan hilang pendekatan non-partisan.

Jawapan: Persoalan menjadi ahli parti politik adalah persoalan individu. Persoalan “non-partisan” pada peringkat organisasi dan gerakan mahasiswa adalah persoalan berbeza dan boleh dikekalkan. Malahan, secara individu dalam parti politikpun masih boleh mengambil pendekatan bi-partisan, contohnya, seperti dalam Kongres dan Senat Amerika Syarikat di mana seorang Demokrat tidak semestinya menyokong bil yang dibawa oleh seorang Demokrat, hatta oleh Presiden Demokrat.

ALASAN: Bukan semua pelajar hendak menjadi ahli parti politik.

Jawapan: Siapa pula yang kata “semua”? Ini semata-mata untuk membenarkan siapa yang mahu sahaja, walaupun ia minoriti. Majoriti yang tidak mahu tidak patut menghalang minoriti yang mahu. Sebaliknya, dalam amalan demokrasi yang sihat, majoriti melindungi hak minoriti.

ALASAN: Negara maju mempunyai latar belakang yang berbeza dengan kita. Kita tidak boleh meniru mereka.

Jawapan: Janganlah menjadi bodoh lalu meniru membuta tuli. Tapislah. Pilihlah. Bukankah ada konsep best practise? Kita belajar apa yang baik. Apa yang buruk dijadikan sempadan. Baik dan buruk itu perlulah diukur dengan neraca kebenaran, dan bukannya dengan neraca denial.

ALASAN: Pelajar kurang pengetahuan am.

Jawapan: Sejak bila pula untuk menjadi ahli parti politik memerlukan seseorang itu lulus kertas Pengajian Am? - TMI
Berkaitan

Jumaat, 25 Februari 2011

Tentera tembak orang selepas sembahyang

    BENGHAZI: Pasukan keselamatan yang setia kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, dilapor menembak penunjuk perasaan di beberapa kawasan di Tripoli, membunuh beberapa orang.

Seorang saksi yang dihubungi menerusi telefon oleh AFP berkata: “Pasukan Keselamatan melepaskan tembakan membabi-buta terhadap penunjuk perasaan” kata seorang penduduk di daerah timur Tripoli, yang menyaksikan pertempuran antara penentang dan penyokong Gaddafi beberapa hari lalu.

“Ada yang terbunuh,” kata saksi itu.

Beberapa penduduk di kawasan lain juga mengesahkan tembakan dilepaskan terhadap sesiapa saja di jalan raya.

“Mereka menembak orang awam yang tidak bersenjata yang meninggalkan masjid selepas solat Jumaat,” kata seorang penduduk di Ben Ashur.

Tentera yang setia kepada Gaddafi mengawal masjid di seluruh Tripoli bagi menghalang tunjuk perasaan diadakan selepas solat.

Ragam Haiwan

Go to fullsize image        Go to fullsize image       Go to fullsize image

Go to fullsize image    cats     Go to fullsize image

Go to fullsize image    Go to fullsize image   Go to fullsize image

Melihat kereta pelik tetapi menarik

Go to fullsize image                 Go to fullsize image               Go to fullsize image

Go to fullsize image                 Go to fullsize image            Go to fullsize image


Go to fullsize image               Go to fullsize image            Go to fullsize image

Go to fullsize image             Go to fullsize image            Go to fullsize image


Go to fullsize image           Go to fullsize image           Go to fullsize image

Go to fullsize image       Go to fullsize image              Go to fullsize image

Sesuatu Yang Berkaitan Dengan Raya

Bunga Raya
Bandaraya
Balai raya
Jalan raya
Jabatan Kerja Raya
Hari Raya
Duit raya
kuih raya
dan.....
Pilihan Raya

tengah, sedang dan akan berlaku di Merlimau dan Kerdau...memang betul-betul raya

dan jangan jadi hantu raya.....

Khamis, 24 Februari 2011

Bagaimana kalau orang maksudkan begini pula....



Terima kasih untuk kenaikan harga...
1. Minyak RON 97
2. Minyak RON 95
3. Susu
4. Minyak masak
5.Gula
6.Bawang Kecil
7.Bawang Besar
8.Bawang putih
9. Kicap
10. Sos Cili
11. Sos tomato
12. Tambang bas sekolah
13. Sewa pengangkutan lori
14. Tol
15. Tepung gandum
16. Tepung beras
dan lain-lain lagi
Tidak memungkiri janji
sentiasa membantu rakyat....

Bukankah rezeki dan ajal itu ketentuan Illahi......Jangan takbur....

Selasa, 22 Februari 2011

Arak dan Maksiat


Inilah arak...@ air kencing syaitan...Haram dan berdosa besar hukumnya dalam Islam



Gadis seksi dan botol arak.....nampak muka macam Melayu..mana imannya yee!



Tempat minum arak...



Ahli maksiat agaknya...mohon kepada Allah agar kita dan keturunan kita tidak mengikut perkara-perkara di atas...Amin.

Mari baikot demi kesejahteraan Islam

Sabtu, 19 Februari 2011

Judi




Promosi ....macam-macam tak kira halal haram...

tupai pun dah kenan penyakit ni....

Casino Royale & Hotel

tempat yang agak istimewa kepada kaki ni yang banyak duit..


tempat kaki yang tak cukup duit..memasang impian..tapi yang pasti kaya tokeh kedai ni...bertaubatlah azab neraka itu amat-aaaaaamat pedih

Jumaat, 18 Februari 2011

Dari Masjid Dhirar ke Nasionalisme Islam

"Asas Islam mungkin tidak sama dengan nasionalisme. Penganut-penganut agama lain juga boleh jadi nasionalis. Ini tidak bermakna nasionalis Islam tidak Islam. Nasionalis yang terdiri daripada orang Islam memang berjuang untuk menegakkan agama Islam, memelihara negara Islam dan menjaga kehormatan agama Islam..kata Tun Dr Mahathir.

Saya menjadi keliru dengan kenyataan di atas...yang saya faham tentang Islam...berdasarkan
Firman Allah Surah Al Maidah Ayat 3 (Maksudnya) " Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah Ku cukupkan untuk kamu nikmatKu dan telah Aku Redha bagi kamu Islam sebagai Deen Kamu"

Jelas Allah hanya mengiktiraf hanya Islam agama yang benar...timbul kekeliruan sebab ada yang berkata seperti ini...
"Semua agama menyuruh umatnya berbuat baik"
"Perayaan ini (perayaan keagamaan selain Islam ) kita sambut tidak mengira agama dan bangsa"

Firman Allah dalam Surah Ali Imran Ayat 19 (maksudnya) Sesungguhnya Agama ( yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam"
            Mari kita telusuri istilah nasionalis Islam.Pendapat saya cenderung mengatakan  istilah ini amat mengelirukan umat Islam. Islam tidak boleh digandingkan dengan nasionalis. Islam melangkaui sempadan bangsa dan negara. Islam ini sama walau di mana-mana pun samada di Malaysia atau pun di Amarika Syarikat. Kata Nabi tidak ada bezanya antara ajam dan bukan ajam melainkan takwanya. Islam tidak mengira kaya atau miskin, warna kulit, darah dan darjat samada bangsawan atau pun rakyat biasa. Tiada bezanya mungkar dan nangkir antara rakyat dan pemimpin. Tiada bezanya soalan kubur bagi rakyat atau pun raja.
          Di samping itu, Islam bukan nasionalis. Nasionalis juga bukannya Islam. Dalam nasionalis terdapat ajaran membezakan bangsa dan darah tetapi perbezaan manusia dalam Islam dari sudut takwanya.Firman Allah Surah Az Zariat Ayat 56 maksudnya "Aku ciptakan jin dan manusia itu, supaya mereka mengabdikan (memuja) kepada Ku"
          Dari mana pula datangnya istilah nasionalis Islam. Menurut Kamus Dewan: nasionalis bermaksud orang yang mencintai nusa dan bangsanya, pencinta bangsa. Jelas memang tiada kaitan dengan agama.
Islam menurut hadith Nabi Muhammad SAW yang bermaksud " Islam itu bahawa kamu menyaksikan tidak ada Tuhan yang sebenar disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadah dan mengerjakan haji jika berkuasa" Riwayat Muslim. Secara nyatanya memang jelas tiada kaitan dengan nasionalis.
          Maka nasionalis tidak boleh dikaitkan dengan Islam. Islam telah sempurna dan yang menyempurnakan Islam ialah Allah. Islam tidak layak digandingkan dengan ideologi manusia apatah lagi ideologi yang mengelirukan seperti nasionalis, sosiolis, komunis, liberal, sekular, dan banyak lagi isme-isme ciptaan manusia yang jahil tentang Islam. Sekiranya diterima pakai nasionalis Islam maka akan lahir pula komunis Islam, sosialis Islam, sekular Islam dan sebagainya.  Islam telah lengkap dan tidak memerlukan dorongan isme-isme ciptaan manusia sesat ini untuk kemandiriannya,  buktinya Firman Allah SWT dalam Surah  Al Maidah Ayat 3 maksudnya " Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah Ku cukupkan untuk kamu nikmatKu dan telah Aku Redha bagi kamu Islam sebagai Deen Kamu"

.          Yang jelas ada yang tidak mahu kembali kepada Islam, maka dicari pula jalan penyelesaian yang lain.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang dengan kedua-duanya; kitab Allah dan sunnah Rasulullah SAW"  Riwayat Imam Malik
          Dikaji falsafah-falsafah barat yang beroreatasikan akaliah semata-mata, maka terjumpalah ideologi logik (tanpa merujuk al Quraan dan Hadith) yang kebanyakkan manusia hari ini menganggapnya amat bersesuaian  dengan kehidupan masyarakat moden  pada hari ini yang semakin jauh dari Islam. Diubah suai pula ideologi tersebut agar bersesuai dan seiring istilahnya dengan Islam maka lahirlah Nasionalis Islam. Walhal nasionalis itu tiada kaitan langsung dengan Islam. Islam itu syumul  dan dapat berdiri sendiri tanpa perlu penambahan nasionalis. Perjuangan dalam Islam bukan atas nasionalis, tetapi berpaksikan Islam itu sendiri. Perjuangan yang bukan beralaskan Islam bukanlah perjuangan yang  bermatlamatkan jihat tetapi berobjektifkan kuasa, pengaruh, harta benda dan tuntutan dunia semata-mata. Misalan mudah perjuangan Islam ialah berjihat mengekang hawa nafsu. Contohnya, harta itu penawarnya infak, syahwat itu penawarnya menutup aurat. Sekiranya aurat tidak dijaga usahlah berbicara tentang Islam dan perjuangannya. Orang yang tidak menutup aurat seperti menunggang motorsikal di lebuh raya tanpa memakai topi keledar. Layakkah orang seperti ini berbicara tentang peraturan jalan raya.
          Teliti pula Firman Allah dalam Surah Ali Imran Ayat 85 yang bermaksud " Barangsiapa mengkehendaki selain Islam sebagai Agama (ad Deen) maka tidak akan diterima daripadanya dan di akhirat nanti dia termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi". Oleh itu, hindarilah daripada mengelirukan orang ramai dengan istilah yang mengelirukan dan kembalilah kepada Al Quran dan sunah Rasulullah.Allah s.w.t. berfirman lagi dalam Al-Quran (Ayat 103, Surah Ali-Imran); "Dan berpeganglah kamu pada tali Allah (Al-Quran) dan janganlah kamu bercerai berai..."

Islam tidak akan sempurna tanpa iman kata Nik Aziz. Saya tahu dan orang UMNO tahu. Tetapi bagaimana Nik Aziz boleh tahu seseorang Islam sempurna imannya atau tidak? Allah s.w.t. tahu tetapi apakah Nik Aziz mempunyai kebolehan seperti Allah Ta'ala...Tun Dr Mahathir.
       Tidak ada manusia biasa yang mampu melihat dalam hati seseorang. Pada zaman sahabat terdapat seorang sahabat yang tahu keiman manusia. Beliau ialah Huzaifah Al Yamman. Jika terdapat kematian sewaktu zaman khalifah Omar, khalifah akan menziarahi mayat dengan berpandukan sama ada Huzaifah pergi atau tidak.Sekiranya Huzaifah tidak pergi menziarahi maka sahlah simati itu munafik atau kafir.
         Tidak semua orang Islam mengetahui dan memahami kesempurnaan iman dalam Islam.Islamnya mereka kerana keturunan atau baka. Iman bukannya sekadar menghafal rukunnya sebaliknya ikrar pelaksanaan keimanan itu yang diambil kira. Iman hanya hadir ketika manusia muslim melakukan kebaikan dan akan menghilang ketika melakukan dosa. Manusia kafir yang melakukan sejuta kebaikan juga tidak beriman kerana tiada ikrar keIslamannya. Masakan orang yang sedang mencuri, rasuah, merompak dan berzina mempunyai iman. Logiknya, sekiranya beriman pasti dosa itu tidak dilakukannya.
         Tahu tentang rukun iman tidak bermakna telah beriman. Iman adalah amal baik yang dikerjakan dan diberi pahala serta ganjarannya syurga. Pendek kata orang yang beriman ialah orang yang beriman dengan ayat-ayat Allah kerana mereka percaya denganNya. Firman Allah Surah Al-Zalzalah Ayat 7/8 maksudnya "Maka sesiapa berbuat kebajikan sebesar zarrah, nescaya akan dilihat dalam surat amalannya Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarrah, nescaya akan dilihat dalam surat amalannya"
       Orang yang tidak sempurna iman boleh kita ketahui melalui tabiaat dan perbuatannya. Banyak buktinya, lihatlah yang tidak menjaga aurat, minum arak, berjudi, , memusuhi orang alim, berzina atau bermukadimah zina, bukankan perbuatan ini perbuatan orang yang tidak beriman. Keimana akan hilang ketika melakukan dosa .Sebagai contoh perhatikan Firman Allah dalam Surah Al Ahazb Ayat 59 maksudnya " Hendahlah mereka melabuhkan jalbab mereka (golongan wanita) kepada seluruh badan mereka".  Berapa ramai wanita Islam yang ingkar tentang suruhan Allah ini, yang dapat kita perhatikan di sekeliling kita.
        Bukan itu sahaja, pemimpin yang gagal mengekang maksiat yang dilakukan oleh ahli di bawah tanggunggannya juga tidak sempurna imannya.Firman Allah dalam Surat At Tahrim Ayat 6 maksudnya "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarnya terdiri dari manusia dan batu..."
Jelaslah orang yang tidak beriman boleh diketahui secara nyata ataupun maujud berpandukan Ayat-Ayat Allah dan Hadith Nabi SAW.
 Apakah Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah tidak berjasa kepada Islam apabila dia membina Masjid Dhirar? Jika membina sekolah agama tidak bermakna UMNO berjasa kepada Islam, kenapakah saya dikecam apabila peruntukan kepada sekolah agama ditarik balik setelah sekolah dijadikan pusat mengembangkan ideologi PAS untuk membenci UMNO?
     Timbul kekeliruan besar di sini. Abdullah bin Ubay bukankah bapa munafik?. Bukankah orang munafik akan ditempatkan lapisan paling bawah neraka (kerak). Maka di sini di mana baiknya Abdullah bin ubay ini?. Mencari nilai baik bapa munafik ini samalah macam mencari nilai baik yang ada pada iblis dan syaitan. Bukankah Masjid Dhirar ini dirobohkan oleh Nabi kerana menimbulkan perpecahan dan kekeliruan dalam kalangan orang Islam ketika itu. Maka apa maknanya penyataan "Apakah Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah tidak berjasa kepada Islam apabila dia membina Masjid Dhirar?"Besar kekeliruannya di sini.  Membantu pengajian agama itu bukankah bantuan yang baik. Membantu menegakkan agama Allah di muka bumi merupakan tanggungjawab kita sebagai muslim yang patuh. Tolong-menolonglah kamu dalam perkara-perkara kebaikan dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam perkara mungkar/maksiat. Dan berkata benarlah walaupun ianya pahit. Apakah berkata benar itu dituduh membenci? Bukankah ini penyataan yang paling mengelirukan.
        

Justeru itu bertaqwalah kepada Allah s.w.t. dan hentikanlah mengeliru umat Islam di Malaysia kerana ingin menang pilihanraya." Tun Dr Mahathir

Kita pulangkan penyataan di atas kepada yang empunya. Jelaslah siapa yang terkeliru dan mengeliru. Islam itu mencakupi keseluruhan kehidupan manusia. Bukankah  Allah telah menurunkan satu kitab yang maha lengkap yang mengandungi hal ehwal ibadat, sosial, psikologi, politik, undang-undang, perniagaan, angkasa lepas dan segalanya. Al Quran bukannya novel yang hanya dibaca pada waktu senggang ataupun buku perundangan manusia yang boleh diubah mengikut selera semasa, ianya merupakan sebuah ketetapan yang perlu diamalkan oleh manusia. Hanya Allah yang tahu penyakit manusia maka selayaknya dialah yang memberi penawar kepada kita. Perhatikan amaran Allah dalam surah al Maidah Ayat 44 maksudnya "Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka orang-orang yang kafir". Sekian, wassalam.

Khamis, 17 Februari 2011

Benda Yang Menewaskan Kita

Benda yang tak boleh lekang ..dikepit, digendung dan dibawa ke sana sini...tak boleh berpisah katanya...kalau tak bawa macam ada yang tak kena..tapi kalau ke surau & ke masjid janganlah di bawa..ingat tujuan ke situ ..kadang-kadang ganggu orang pula...rington entah apa-apa... tengah rukuk berbunyi pula... mahu terlupa bacaan imam..kanak-kanak bergoyang kepala mengikut irama...tengah kuliah berbunyi juga...terlupa point utama tok guru yang sedang mengajar...betulah tiada panggilan sepenting panggilan Ilahi..

Iklan percuma untuk McD..tak payah keluar TV..kita tolong iklankan...kata nak lawan Israel...demi sebiji berger ...tewas rupanya kita

Ahad, 13 Februari 2011

Sinopsis Ladap



BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah:  SMK SERI BAHAGIA 28000 TEMERLOH                                 Kod Sekolah: CEB 7069


1.
Nama Guru


2.
Judul
Petua Mendidik Anak Menjadi Insan Positif

3. Bidang: Motivasi
4.
Pengarang
Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Hj Muhammad Zakaria dan Husna Hassan
5. Muka Surat:104

6.
Terbitan

Telaga Biru sdn. bhd
7.
Sinopsis :
Buku ini membicarakan tentang ibu bapa yang berhasrat dan bercita-cita untuk mendidik anak-anaknya menjadi insan positif. Insan positif yang dicadangkan adalah mengikut kerangka Islam iaitu cemerlang di dunia dan akhirat. Namun realitinya, ramai ibu bapa yang kecewa kerana anak-anak mereka tidak menjadi orang yang diharap-harapkan. Ahli motivasi ada berkata “Mendidik anak-anak bermula 20 tahun sebelum ibu dan ayahnya berkahwin”. Ini menunjukkan faktor keturunan amat penting dalam menentukan sifat generasi akan datang.
       Justeru, siapa yang harus memulakan kecemerlangan generasi akan datang. Apakah datuk, nenek, ibu, bapa atau masyarakat?
       Buku ini menyarankan dua pembahagian besar dalam proses untuk menjadikan anak-anak positif. Ianya bermula dengan latihan lahiriah yang merangkumi kognitif, psikomotor, dan kerohanian yang dinamakan “latih anak kemahiran diri” dan aspek kedua pula merupakan aplikasi sosiologi yang dinamakan” latih anak kemahiran bermasyarakat”.
       Menerusi “latih anak kemahiran diri” ianya harus dimulai dengan penghayatan keagamaan seperti bersyahadah, solat, membaca al Quran, berzikir, dan amalan-amalan yang lainnya. Anak-anak perlu ditunjangi dengan aspek kerohanian  jika ingin dilihat positif. Di samping itu, anak-anak perlu dilengkapkan dengan kemahiran ICT, kemahiran seni & budaya, kemahiran fotografi, aktiviti lasak, kemahiran berfikir, kemahiran dalam pasukan, public speaking, dan mencintai haiwan dan alam sekitar.
     Melalui “latih anak kemahiran bermasyarakat” anak-anak perlu didedahkan dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royong, mengikuti kem dan seminar, membantu masyarakat dan rakan sebaya, semangat berpasukan dalam permainan, latihan komunikasi, kerja sosial & sukarela, membantu kerjaya ibu bapa, beraktiviti besama-sama keluarga dan menanamkan minat komitmen sosial yang baik.
       Selain daripada itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat al Quran dan al Hadis yang menjadi dalil untuk mendidik anak-anak menjadi positif. Terdapat juga doa-doa yang disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga supaya dapat diperkenankan oleh Allah SWT agar cita-cita menjadikan anak-anak positif berjaya.
8.
Nilai Pengetahuan / Pengajaran

     Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mendidik anak-anak menjadi insan positif. Nilai positif merupakan nilai dalam diri individu yang dimiliki oleh semua manusia sejagat tanpa mengira agama, bangsa, dan keturunan. Oleh sebab itu, orang yang dapat menguasai dirinya dengan sifat-sifat positif boleh mencapai kecemerlangan luar biasa. Manusia mampu mencapai cita-cita sekiranya cita-citanya itu mampu dicapai oleh minda. Di samping itu, manusia yang berpegang teguh pada tali agama akan mampu menempa kecemerlangan. Allah amat bersikap adil untuk memberikan pembahagian rezeki kepada hamba-hamba yang terikat kepadaNya.

   Selain itu, buku ini berupaya menjadi petunjuk dan panduan kepada ibu bapa untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang dan berjiwa positif. Saranan didikan anak-anak adalah berpaksikan Islam kerana jiwa positif akan memacu kejayaan di dunia dan akhirat. Sebelum anak-anak itu cemerlang, ibu bapanya haruslah cemerlang dahulu kerana “ bagaimana acuan begitulah kuihnya”.
   “Setiap anak itu dilahirkan mengikut fitrah (suci bersih), maka ibu bapanyalah yang menjadikannya sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi” maksud Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.




9.
Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

   Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana cara dan pendekatan yang sesuai untuk mengubah tabiat manusia dari negatif kepada positif. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang juga masih di usia anak-anak. Apatah lagi guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya dengan nilai keagamaan dan moral.
     Kita boleh meniru pendekatan yang diamalkan oleh Lukman Hakim dalam mendidik anak-anaknya. Pertamanya anak-anak perlu diajar takut dan mentaati Allah, diikuti Rasul dan menghormati ibu bapa. Inilah  kunci jiwa positif. Pelajar yang tertanam sifat mentaati Allah pastinya akan mentaai semua perintah Allah dan makhluk-makhluk ciptaanNya.
    Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya mudah seperti menyediakan makanan malam. Ianya proses berterusan yang memakan masa yang agak lama. Kadang-kadang hasilnya dapat dilihat setelah pelajar ini menamatkan bangku persekolahannya.
   


10

Kesimpulan

Secara izharnya, buku ini sesuai untuk bacaan sekeluarga kerana menggunakan bahasa yang mudah dan sesuai untuk semua peringkat umur, ideanya tersusun,terdapat contoh-contoh dari al Quran, al Sunnah serta kontemporari,  ilustrasi menarik dan dipersembahkan dalam bentuk yang agak santai tetapi padat dengan nilai-nilai keilmuan
                                                                                 
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah:  SMK SERI BAHAGIA 28000 TEMERLOH                                 Kod Sekolah: CEB 7069


1.
Nama Guru


2.
Judul
Menangani Sifat Marah

3. Bidang: Motivasi
4.
Pengarang
Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Mumtazah Tumian dan Mahfuzah Omar
5. Muka Surat:104

6.
Terbitan

Telaga Biru sdn. bhd
7.
Sinopsis :
Buku ini membincangkan panduan untuk individu menangani sifat marah yang ada dalam diri. Sifat marah ini ditamsilkan seperti seekor singa yang berada dalam diri manusia. Seekor singa yang lepas bebas boleh membahayakan ramai orang. Dia akan menjadi anti sosial, ego, dan garang. Ianya digelar raja binatang.
     Namun sebaliknya, seekor singa yang telah dijinakkan mampu menjadi penghibur seperti singa sarkas. Ia juga mampu menjadi hero dalam filem, pergerakannya lemah lembut sehingga kanak-kanak pun mampu terpikat kepadanya,
     Begitulah sifat marah dalam jiwa manusia, jika tidak terkawal mampu mengundang musibah. Marah harus dikawal seperti penjaga zoo melatih singa. Makanannya tetap daging mentah tetapi tidak menyerang sesuka hati seperti singa di hutan ketika mencari makanan.
    Sifat marah yang terkawal akan mengubah manusia menjadi makhluk “super” seperti yang terjadi kepada Khalifah Umar Al Khatab. Sebelum Islam dia umpama singa setelah Islam juga dia tetap singa. Malah singanya Umar setelah Islam telah menjadikan Islam itu bertambah kuat serta menjadi dalil sejarah yang menjadi contoh mukmin sejati sehingga ke hari ini.
   Antara cadangan buku ini untuk mengawal sifat marah ialah mengamalkan sift-sifat terpuji, mencintai Allah dan Rasul,dan hidup berkeluarga dengan mewujudkan suasana tenteram dan harmonis.
       Selain  itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat al Quran dan al Hadis yang menjadi panduan untuk mengawal sifat marah. Terdapat juga doa-doa yang disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga.

8.
Nilai Pengetahuan / Pengajaran

     Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mengawal sifat marah. Amarah yang tidak terkawal akan mengundang natijah negatif terhadap individu dan masyarakat di sekelilingnya. Marah yang tidak terkawal akan mencetuskan pergaduhan, mengundang kemurungan, menjadikan diri dibenci, mengganggu kesihatan minda, menjejaskan kesihatan seperti cepat tua, sakit jantung, darah tinggi dan jangkitan kuman.
   Di samping itu, pembaca dicadangkan kaedah-kaedah untuk mengawal kemarahan seperti beristighfar, kurang menimbulkan provokasi, jangan menambahkan kemarahan orang lain yang sedang marah, benarkan atau iakan hujah orang yang sedang marah, segera mengingati diri bahawa marah bukan penyelesaian masalah, segera ingat marah bukan tindakan manusia bertamadun, memperlahankan intonasi suara ketika di khalayak, jangan memandang muka orang yang sedang marah, lepaskan kemarahan dengan menjerit di tempat sunyi dan segera berwuduk dan bersembahyang sunat.
 “Firman Allah SWT “Sesungguhnya solat itu akan mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar”. (Al Ankabut : 45)
  


9.
Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

   Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk mengubah tabiat manusia yang sering marah kepada sikap yang positif. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang juga masih di usia anak-anak yang banyak karenah. Pelajar sekolah seringkali melakukan salah laku dan acap kali menimbulkan provokasi kepada guru. Oleh itu, guru perlulah bijak mengawal emosi supaya permasalahan pelajar ini ditangani dengan berkhemah dan bijaksana. Guru perlu mengawal kemarahan kerana marah yang tidak terkawal akan mengakibatkan tindakan yang kurang bijak seperti melempang dan memukul di luar batasan manusia. Guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya dengan nilai-nilai yang baik. Berikanlah contoh yang baik kepada mereka.
    
   


10

Kesimpulan

Tuntasnya, sifat marah perlu dizahirkan dalam bentuk lain seperti keazaman , kesungguhan, kegigihan, kerja keras, semangat mengatasi orang lain, dan paling penting ilmu mengawal kemarahan perlu dikuasai supaya diri menjadi individu yan berjaya di dunia dan akhirat.

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah:  SMK SERI BAHAGIA 28000 TEMERLOH                                 Kod Sekolah: CEB7069


1.
Nama Guru


2.
Judul
Berfikir Dalam Bilik Darjah

3. Bidang:Pedagogi
4.
Pengarang
Ainon Mohd & Abdullah Hassan
5. Muka Surat:163

6.
Terbitan

Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
7.
Sinopsis :
Buku ini merupakan hasil penyelidikan, ujian dan pengalaman pengarang sewaktu mengajar kanak-kanak berfikir. Isunya ialah pelajar sering dikatakan “budak bodoh’, “budak lembam” dan yang seumpamanya. Dapatan pengarang, terdapat pelajar yang dianggap kurang cerdik sewaktu dibangku sekolah akhirnya membesar sebagai “taukeh”, tuan punya syarikat ataupun majikan kepada pelajar yang pintar sewaktu dibangku sekolah. Pengarang juga menjustifikasikan kepintaran itu kepada kepintaran belajar dan kepintaran berfikir. Ramai individu yang berjaya pada hari ini merupakan individu yang mahir berfikir.
       Pengarang juga mencadangkan cara-cara mengajar kemahiran berfikir dalam bilik darjah seperti menghidupkan suasana kelas, mengaplikasi pemikiran konvergen dan divergen, memuji murid, memberi ganjaran,  guru menjadi pembimbing, mendorong kreativiti, jangan menjadi diktaktor,  toleransi pada ambiguiti, berpersonaliti menarik, mempelbagai rangsangan dan mempelbagai teknik menyoal.
     Pengarang juga turut memperkenalkan teknik mengajar kemahiran berfikir menggunakan kaedah infusi iaitu kaedah yang dianjurkan oleh pihak kementerian. Setiap teknik-teknik yang dianjurkan disertakan contoh-contohnya sekali supaya para guru dapat memahami dan menggunakan teknik tersebut sewaktu mengajar.  

8.
Nilai Pengetahuan / Pengajaran

     Buku ini perlu dimiliki oleh para guru sebagai bacaan tambahan yang mana kandungannya akan dapat membantu guru ketika berada dalam bilik darjah. Menerusinya kita akan faham tentang kepelbagaian kepintaran pelajar. Sebagai contoh terdapat pelajar yang pintar IQ, pintar matematik, kepintaran akademik, kepintaran praktikal, dan kepintaran EQ. Melalui pengetahuan ini kita boleh mengesan kepintaran para pelajar di dalam kelas. Oleh itu, potensi diri mereka akan dapat diketengahkan.
     Pengarang juga mencadangkan aktiviti yang perlu dilakukan oleh guru di dalam kelas. Guru kurang digalakkan mengeluarkan arahan seperti :
    “ Saya mahu..
    “Kamu perlu...
Soalan seperti itu terlalu berbentuk arahan yang mana akhirnya akan menenggelamkan kreativiti pelajar. Para guru digalakkan menyoal pelajar dengan soalan yang mencabar minda seperti:
     “ Bagaimana sekiranya..
     “Apa yang perlu kita.....
      “ Sekiranya.....

9.
Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

   Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk guru gunakan di dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang berbagai-bagai ragam dan karenah. Guru juga perlu tahu tahap dan jenis kepintaran pelajarnya. Ini akan dapat membantu para guru menentukan kaedah paling sesuai yang akan digunakan sewaktu mengajar. Oleh itu pendekatan kreatif perlu untuk mengekang permasaalahan ini.
     Kita boleh menghayati cara Lukman Hakim dalam mendidik anak-anaknya. Lukman mengajak anaknya turun ke lapangan dengan menderai seekor keldai. Di akhir kembara mereka, Lukman menerangkan tentang sifat manusia yang akan sentiasa mencari kesalahan orang lain walau dalam apa jua situasinya..
    Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya mudah dan perlu ditangani dengan bersabar dan kreatif.  


10

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, buku ini sesuai untuk bacaan semua guru kerana olahannya dipermudahkan dengan bahasa yang mudah dan sesuai untuk semua peringkat umur, ideanya tersusun,terdapat contoh-contoh yang kontemporari,   dan dipersembahkan dalam bentuk yang ringkas tetapi padat.

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah:  SMK SERI BAHAGIA 28000 TEMERLOH                                 Kod Sekolah: CEB7069


1.
Nama Guru


2.
Judul
Mengurus Disiplin Pelajar

3. Bidang: Kaunseling
4.
Pengarang
Abdullah Sani Yahaya
5. Muka Surat:244

6.
Terbitan

PTS Publications & Distributors sdn. bhd
7.
Sinopsis :
Buku ini membincangkan tentang disiplin pelajar dan panduan untuk menanganinya. Kandungannya merujuk Laporan Kabinet 1979 apabila sebahagian besar syor itu, banyak tertumpu kepada persoalan disiplin pelajar. Selain itu, masalah disiplin dalam kalangan pelajar tidak akan berhenti dan selesai begitu sahaja, tetapi berkehendakkan kepada usaha berterusan bagi menjamin keutuhan individu remaja yang kental dan memacu negara ini ke era yang lebih gemilang.
     Disiplin bukan suatu sekatan, tetapi satu cara teratur dalam melaksanakan satu warisan budaya bangsa yang dapat dilanjutkan dengan pembaikan di sana sini. Apa yang membimbangkan ialah pengaruh mendatang yang tidak berjaya dijaring dan dijala oleh generasi muda hari ini.Gejala ini dikhutiri akan memberikan kesempatan kepada orang luar untuk menguasai minda anak watan kita.
   Buku ini menjelaskan tentang disiplin pelajar, pelbagai masalah disiplin, mengenal sahsiah individu, kesan-kesan sahsiah pelajar yang tidak formal, kepentingan interaksi pelajar, pelbagai salah laku pelajar, cara pembangunan generasi mendatang, disiplin dalam bilik darjah, sekolah kondusif, hubungan antara disiplin dengan sosio emosi, tingkah laku Devian, peranan bimbingan & kaunseling dan pembimbing rakan sebaya dalam menangani disiplin pelajar.
   Oleh itu, harapan dan impian semua pihak  agar generasi pelajar ini dapat membesar menjadi orang yang baik, mempunyai imej bermoral tinggi, bersikap waja diri dan tidak melihat institusi sekolah sebagai tempat tahanan dan  kongkongan.
.

8.
Nilai Pengetahuan / Pengajaran

     Buku ini menerangkan faktor mempengaruhi disiplin pelajar seperti cara asuhan dan didikan di rumah, sikap negatif ibu bapa terhadap pembelajaran, persekitaran tempat tinggal juga banyak membentuk perilaku pelajar, sikap guru yang tiada ketulenan sewaktu mengajar dan ketiadaan motivasi dalaman dalam diri pelajar berkenaan.
    Selain itu, permasalahan disiplin yang menjadi isu negara juga dibentangkan seperti ponteng sekolah, ponteng kelas, datang lewat, pakaian berfesyen dan selekeh, rambut tidak diurus dengan baik, merokok dan dadah. Permasalah ini berpunca dari diri pelajar itu sendiri, pengaruh rakan, pengaruh media, kurang kawalan ibu bapa, kurang kawalan pihak sekolah dan masyarakat yang tidak lagi memainkan peranannya
    Di samping itu, terdapat saranan untuk  membaiki masalah ini seperti penerapan nilai dalam bilik darjah, pemupukan nilai d rumah, pemupukan nilai dalam kalangan rakan, pemupukan  nilai di sekolah dan membudayai ilmu. Terdapat juga cadangan untuk memantapkan program Pembimbing Rakan Sebaya. Hanya rakan sebaya yang lebih arif dan dekat dengan rakan mereka.

9.
Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

   Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk mengubah tabiat pelajar kepada sikap yang positif. Tugas guru sering berhadapan dengan pelajar yang banyak menimbulkan karenah. Pelajar sekolah seringkali melakukan salah laku dan acap kali menimbulkan provokasi kepada guru. Oleh itu, kandungan buku ini amat sesuai supaya permasalahan pelajar ini ditangani dengan berkhemah serta bijaksana. Guru perlu mengawal disiplin dengan bijak supaya tidak  akan mengakibatkan tindakan yang kurang bijak seperti melempang dan memukul pelajar. Para pelajar yang baik boleh digunakan untuk membimbing pelajar yang bermasalah ini dan walau apapun tindakan ingatlah guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya supaya dapat mengamalkan nilai-nilai yang baik.
   


10

Kesimpulan

Konklusinya, guru perlu memainkan peranannya dengan lebih aktif, gigih, kerja keras, bersemangat , dan mengawal kemarahan dalam usaha menangani masalah disiplin ini. Pelajar adalah aset berharga yang perlu ditangani dengan bjaksana.


                                                              

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah:  SMK SERI BAHAGIA 28000 TEMERLOH                                 Kod Sekolah: CEB 7069


1.
Nama Guru


2.
Judul
Kejurulatihan dan Sains Sukan

3. Bidang: Pendidikan
4.
Pengarang
Haji Gapor Ahmad
5. Muka Surat:151

6.
Terbitan
Utusan  Publications & Distributors sdn. Bhd

7.
Sinopsis :
Buku ini mengulas pelbagai kaedah dan persoalan dalam bidang sukan mahupun sains sukan. Ianya merangkumi aspek teori, latihan fizikal dan mental serta pengaplikasiannya dalam mempertingkatkan prestasi sukan.
    Antara lain, pengkhususan kepada jurulatih sukan yang serius sewaktu merancang dan melaksanakan latihan untuk meningkatkan prestasi atlet. Kandungannya juga dapat meningkatkan pengetahuan jurulatih dalam bidang kejurulatihan. Manakala aspek lain pula dikhususkan untuk guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan peminat Sains Sukan dalam bidang pedagogi dan perancangan yang berkesan dalam sukan.
   Permulaan buku ini memberi peluang kepada pembaca mengenali aspek yan berkaitan dengan asas kejurulatihan sukan. Penulis cuba menonjolkan pendekatan saintifik dalam asas kejurulatihan. Di sampin itu, ianya menjadi sumber rujukan yang baik kepada jurulatih yang giat melatih dan mencari ilmu kejurulatihan.
   Pendekatan buku ini berasaskan teori kejurulatiha sukan yang membahagikan latihan kepada empat bidan iaitu fizikal dan fisiologikal, teknkal, psikolgikal dan taktikal. Bidang fizikal dan fisiologikal menyentuh aspek suaian anatomi dan fisilogi asas, teori kecergasan serta prinsip dan kaedah latihan sukan. Semua aspek ini terdapat dalam buku ini.
    Bidang teknkal meliputi aspek kemahiran sukan seperti kemahiran asas, kemahiran lanjutan, kemahiran individu dan berpasukan. Bidang mental atau psikologikal menyentuh aspek seperti motivasi, imej kendiri, penetapan matlamat, ketenangan dan komunikasi dalam sukan. Manakala bidang taktikal pula meliputi aspek sistem pertandingan, kekuatan dan kelemahan lawan, seta set-pieces.
  Pengarang juga berniat untuk menyebarkan ilmu kejurulatihan dengan harapan ramai jurulatih baru muncul di samping meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang kecergasan fizikal dan kesihatan masyarakat.
8.
Nilai Pengetahuan / Pengajaran

     Buku ini menerangkan ilmu kejurulatihan sukan amat luas dan dalam skopnya. Oleh itu, pembelajaran dan kajian secara sainstifik serta usaha-usaha yang lain perlu dilakukan untuk membantu jurulatih sukan memperkayakan ilmu pengetahuan, memurnikan kaedah dan cara serta pedekatan dalam membimbing atlet untuk mencapai kecemerlangan.
    Buku ini jga memberi kefahaman tentang pengertian sukan dan menghuraikan konsep-konsep latihan sebagai ilmu asas keperluan melatih. Beberapa huraian mengenai kejurulatihan dan siste tubuh badan manusia turut membantu pembacanya mengenali aspek-aspek asas mengenai falsafah serta pembinaan fizikal manusia.
    Menelusuri buku ini mengingatkan kita bahawa jurulatih sukan harus sentiasa menimba ilmu supaya kaedah, pendekatan dan taktikal mereka sentiasa releva dan kemas kini.
9.
Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

   Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk melatih atlet awal remaja. Idea yang dikemukakan membantu guru mengenal bakat, mengembangkan bakat dan menajamkan bakat pelajar di sekolah. Di samping itu, terdapat juga idea bagaimana untuk mengekalkan minat atlet terhadap sukan yang mereka ceburi.
   Asas yang penting ialah corak latihan yang baik untuk mengembangkan bakat seseorang atlet. Setiap atlet perlu diasuh kemahiran asas kepada pemahiran spesifik. Atlet yang ramai perlu diorganisasikan secara baik. Aspek yang sering dilupai ialah pemakanan atlet. Atlet perlukan pemakanan yang baik dan lengkap. Ilmu ini penting untuk guru yang melatih pasukan sekolah untuk memacu pasukannya menempa kejayaan.
   


10

Kesimpulan

Konklusinya, kejurulatihan sukan mempunyai talian yang rapat dengan sains. Asas-asas sains dalam latihan sukan pastinya dapat membantu jurulatih meningkatkan kualiti latihan. Bibit-bibit kecemerlangan sukan pasti dapat dirasakan apabila jurulatih mengaplikasikan teori-teori sains dalam latihan sukan.