Jumaat, 4 Februari 2011

9 mimpi Rasulullah S.A.W.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan  pada malam aku sebelum di Israqkan...

1. Aku telah melihat seorang dari umatku  telah didatangi malaikat maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka dia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis laknatullah. Maka dia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksa itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia didatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga dia rasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpul-kumpulan, setiap kali dia cuba dekati dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA, sambil memimpinnya ke kumpulan seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHINYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAH YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu melindungi muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan