Jumaat, 25 Februari 2011

Tentera tembak orang selepas sembahyang

    BENGHAZI: Pasukan keselamatan yang setia kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, dilapor menembak penunjuk perasaan di beberapa kawasan di Tripoli, membunuh beberapa orang.

Seorang saksi yang dihubungi menerusi telefon oleh AFP berkata: “Pasukan Keselamatan melepaskan tembakan membabi-buta terhadap penunjuk perasaan” kata seorang penduduk di daerah timur Tripoli, yang menyaksikan pertempuran antara penentang dan penyokong Gaddafi beberapa hari lalu.

“Ada yang terbunuh,” kata saksi itu.

Beberapa penduduk di kawasan lain juga mengesahkan tembakan dilepaskan terhadap sesiapa saja di jalan raya.

“Mereka menembak orang awam yang tidak bersenjata yang meninggalkan masjid selepas solat Jumaat,” kata seorang penduduk di Ben Ashur.

Tentera yang setia kepada Gaddafi mengawal masjid di seluruh Tripoli bagi menghalang tunjuk perasaan diadakan selepas solat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan