Rabu, 9 Februari 2011

Marilah Bersedekah

 Kekadang orang yang meminta sebegini kita anggap macam sampah. Tetapi tanpa kita sedari, situasi beginilah yang memberikan kita ruang dan peluang untuk menambahkan koleksi pahala kita. Ayuh! Mari gandakan pahala jika berjumpa situasi begini...mereka memerlukan bantuan dan kita dapat ganjaran...Jadilah dermawan ketika berada... kerana tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.

Sedekah mulakanlah dengan keluarga sendiri terlebih dahulu. Selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak orang lain.

Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi.
Yang satu menyeru,
“Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah”.
Yang satu lagi menyeru,
“Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)”
Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka.
Dalam hadith lain, nabi bersabda,
“Takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar”.
Dan sabdanya lagi,
“Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api”.
Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan