Isnin, 7 Mac 2011

Tribut untuk Nik Aziz

            Nik Aziz bukan maksum. Beliau juga berdosa seperti kebanyakkan hamba-hamba Allah yang lain.Beliau bukan nabi tetapi iltizam beliau mahu menjejak nabi.  Beliau juga mempunyai kelemahan kerana fitrah manusia sebagai makhluknya yang lemah. Analoginya kita lihat orang yang pengsan. Walau segagah mana pun dia, sewaktu pengsan nak mengangkat kening pun tidak termampu olehnya. Sifat maksum milik nabi dan kegagahan kepunyaan Allah hatta kerajaan pun milik Allah kerana yang kekal hanyalah kerajaan Allah. Segala kerajaan di dunia ini akan musnah cuma hari dan waktunya sahaja yang tidak diketahui. Sejarah telah membuktikan banyak kerajaan silam musnah, malahan empayar yang besar dan gagah juga binasa. Kerajaan Ummayah, Abbasiah, Rom, Parsi dan Othmaniah tak kira kerajaan Islam atau pun tidak, apabila tiba masanya pasti akan binasa. Begitulah roda kehidupan, maka belajarlah sesuatu dari sejarah atau binalah sejarah sebagai teladan untuk generasi akan datang.
            Berbalik pada Nik Aziz, beliau banyak kelemahan terutama bagi orang  yang mahu mencari kelemahannya. Terutama dalam tempok lebih 20 tahun pemerintahannya takkan tidak pernah tersilap atau tersalah, itu sudah dikira mustahil baginya. Maka kesilapannya itu akan dimanipulasi oleh golongan penentangnya. Penentangnya pula merasakan orang tua ini merupakan faktor yang perlu diganyang untuk kelangsungan 'way of life' mereka.
           Bagi saya Nik Aziz manusia yang paling banyak berevolusi dan paling ketara tranformasinya. Ia akan mengatakan yang hak dan menentang perkara yang batil tanpa berselindung dari mainan bahasa atau ungkapan yang sukar dimengertikan oleh golongan bawahan. Hal ini amat bersesuaian dengan konsep Islam itu sendiri yang senang dan tidak menyusahkan. Beliau seorang ulama bergelar Tok Guru. Bagi saya gelaran ini ikhlas dan amat bersifat rakyat malahan mufti pun tidak dipanggil Tok Guru. Ianya bukan gelaran yang lahir dari sistem monarki yang kita tahu penuh muslihat dan helahnya. Tok Guru diiktiraf oleh sekalian manusia yang mengaku anak muridnya. Ianya gelaran yang besar malah lebih murni dari mahaguru. Gelaran Tok Guru jika dibandingkan dengan Tan Sri amat berbeza bukan dari sudut konotasinya, tetapi dari dekatnya dengan rakyat khasnya masyarakat Islam keseluruhannya. Tok Guru mudah disebut dan mudah dijemput malah tanpa lensa kamera pasti akan duduk bersepuh menghadap juadah di atas tikar. Sekiranya Tan Sri tidak dapat dipastikan lagi hal ini akan berlaku, apatah lagi gelarannya juga semacam tidak mesra dengan golongan bawahan.
          Tok Guru bukan sekadar ulama tetapi yang hebatnya ulama yang memerintah. Untuk memerintah sesebuah negara tidak perlu ijazah pengurusan kelas pertama tetapi meminjam slogan Dr Mahathir pada awal pemerintahannya iaitu Bersih, Cekap dan Amanah. Hanya ulama yang faham batas dosa dan pahala, kerana kita yakin ulama tahu beban tanggungjawab ini bukan dihakimi di dunia tetapi di masyhar nanti akan ada neraca timbang yang maha adil. Masakan ulama akan menggadai nilai keagamaan ini dengan dunia yang hanya bersifat sementara.
          Tok Guru memang sudah berusia, maka bagi pihak lawan usia itu labiliti. Dalam Islam tidak ada syarat usia untuk menjadi pemimpin. Nabi Muhammad SAW pernah melantik pemimpin perang berusia 17 tahu, pernah melantik gabenor ke Yaman seorang pemuda malahan tidak pernah pula nabi menghalang seseorang yang berusia untuk menjadi pemerintah. Dalam Islam syarat penting untuk memimpin ialah takwa, beriman, amanah dan jujur. Bukankah semakin berusia semakin banyak pengelamannya. Takwa dan iman akan membatasi prilaku negatif sementara sifat jujur dan amanah akan mengelakkan penyelewengan serta rasuah.
          Membicarakan Tok Guru dari sudut keilmuan Islam adalah seperti menimba air di perigi. Keilmuan Tok Guru bersandarkan al Quran, hadis dan ijmak ulama. Hujahnya berlandaskan nas bukan logik akal atau mendasarkan kepentingan seseorang atau puak-puak yang mahukan keuntungan darinya. Ia akan membicarakan yang hak tetapi sejak akhir-akhir ini terdapat individu yang berani menyamakan keIslaman Tok Guru dengan Ayah Pin pemimpin kerajaan langit. Jahil sungguh makhluk tuhan yang seorang ini. Atas hujah dan nas apakah yang digunakan olehnya untuk menyamakan Tok Guru dengan pengasas ajaran sesat ini. Timbul persoalan, apakah kesesatan yang dibawa oleh Tok Guru yang dapat dilihat olehnya?
          Kita boleh terima sekiranya dia mengatakan Tok Guru mempunyai kelemahan, tetapi menyamakan dengan Ayah Pin merupakan tuduhan melampau pada tahun ini. Benarlah apabila menerima berita dari golongan munafik, siasatlah dahulu punca berita tersebut. Malah siasat juga pembawanya, lihat nilai-nilai Islam yang ada padanya adakah layak untuk menilai tokoh besar ini. Mari kita lihat pembawa berita ini dan nilaikanlah dia dan beritanya dengan mata hati yang bersalut nilai-nilai keimanan.

  
 
Dia ni mesti hebat, dia ni la yang keluarkan kenyataan macam best saja kata Imej Nik Aziz sama Ayah Pin...

 Tapi rupanya jenih tudung nampak jambul jugak... tak pa laaa.. kot kot la jenih tudung sikit camni ilmu banyak kan... don't judge the book by it's cover kan... kahkahkah...
 gambar sapa  ni, pengikut Ayah Pin kot   

  tak sorok aurat kita dari pandangan bukan muhrim.... lawan hukum tuhan tu...

 Nik Aziz t manusia , bukan maksum tapi dia ni jauh lebih dahsyat... anda nilai lah sendiri, lihat jua akhbar yang menyiarkan tulisannya kedua-duanya sama aje.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan