Ahad, 13 Februari 2011

Sinopsis Ladap



BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah:  SMK SERI BAHAGIA 28000 TEMERLOH                                 Kod Sekolah: CEB 7069


1.
Nama Guru


2.
Judul
Petua Mendidik Anak Menjadi Insan Positif

3. Bidang: Motivasi
4.
Pengarang
Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Hj Muhammad Zakaria dan Husna Hassan
5. Muka Surat:104

6.
Terbitan

Telaga Biru sdn. bhd
7.
Sinopsis :
Buku ini membicarakan tentang ibu bapa yang berhasrat dan bercita-cita untuk mendidik anak-anaknya menjadi insan positif. Insan positif yang dicadangkan adalah mengikut kerangka Islam iaitu cemerlang di dunia dan akhirat. Namun realitinya, ramai ibu bapa yang kecewa kerana anak-anak mereka tidak menjadi orang yang diharap-harapkan. Ahli motivasi ada berkata “Mendidik anak-anak bermula 20 tahun sebelum ibu dan ayahnya berkahwin”. Ini menunjukkan faktor keturunan amat penting dalam menentukan sifat generasi akan datang.
       Justeru, siapa yang harus memulakan kecemerlangan generasi akan datang. Apakah datuk, nenek, ibu, bapa atau masyarakat?
       Buku ini menyarankan dua pembahagian besar dalam proses untuk menjadikan anak-anak positif. Ianya bermula dengan latihan lahiriah yang merangkumi kognitif, psikomotor, dan kerohanian yang dinamakan “latih anak kemahiran diri” dan aspek kedua pula merupakan aplikasi sosiologi yang dinamakan” latih anak kemahiran bermasyarakat”.
       Menerusi “latih anak kemahiran diri” ianya harus dimulai dengan penghayatan keagamaan seperti bersyahadah, solat, membaca al Quran, berzikir, dan amalan-amalan yang lainnya. Anak-anak perlu ditunjangi dengan aspek kerohanian  jika ingin dilihat positif. Di samping itu, anak-anak perlu dilengkapkan dengan kemahiran ICT, kemahiran seni & budaya, kemahiran fotografi, aktiviti lasak, kemahiran berfikir, kemahiran dalam pasukan, public speaking, dan mencintai haiwan dan alam sekitar.
     Melalui “latih anak kemahiran bermasyarakat” anak-anak perlu didedahkan dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royong, mengikuti kem dan seminar, membantu masyarakat dan rakan sebaya, semangat berpasukan dalam permainan, latihan komunikasi, kerja sosial & sukarela, membantu kerjaya ibu bapa, beraktiviti besama-sama keluarga dan menanamkan minat komitmen sosial yang baik.
       Selain daripada itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat al Quran dan al Hadis yang menjadi dalil untuk mendidik anak-anak menjadi positif. Terdapat juga doa-doa yang disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga supaya dapat diperkenankan oleh Allah SWT agar cita-cita menjadikan anak-anak positif berjaya.
8.
Nilai Pengetahuan / Pengajaran

     Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mendidik anak-anak menjadi insan positif. Nilai positif merupakan nilai dalam diri individu yang dimiliki oleh semua manusia sejagat tanpa mengira agama, bangsa, dan keturunan. Oleh sebab itu, orang yang dapat menguasai dirinya dengan sifat-sifat positif boleh mencapai kecemerlangan luar biasa. Manusia mampu mencapai cita-cita sekiranya cita-citanya itu mampu dicapai oleh minda. Di samping itu, manusia yang berpegang teguh pada tali agama akan mampu menempa kecemerlangan. Allah amat bersikap adil untuk memberikan pembahagian rezeki kepada hamba-hamba yang terikat kepadaNya.

   Selain itu, buku ini berupaya menjadi petunjuk dan panduan kepada ibu bapa untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang dan berjiwa positif. Saranan didikan anak-anak adalah berpaksikan Islam kerana jiwa positif akan memacu kejayaan di dunia dan akhirat. Sebelum anak-anak itu cemerlang, ibu bapanya haruslah cemerlang dahulu kerana “ bagaimana acuan begitulah kuihnya”.
   “Setiap anak itu dilahirkan mengikut fitrah (suci bersih), maka ibu bapanyalah yang menjadikannya sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi” maksud Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.




9.
Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

   Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana cara dan pendekatan yang sesuai untuk mengubah tabiat manusia dari negatif kepada positif. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang juga masih di usia anak-anak. Apatah lagi guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya dengan nilai keagamaan dan moral.
     Kita boleh meniru pendekatan yang diamalkan oleh Lukman Hakim dalam mendidik anak-anaknya. Pertamanya anak-anak perlu diajar takut dan mentaati Allah, diikuti Rasul dan menghormati ibu bapa. Inilah  kunci jiwa positif. Pelajar yang tertanam sifat mentaati Allah pastinya akan mentaai semua perintah Allah dan makhluk-makhluk ciptaanNya.
    Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya mudah seperti menyediakan makanan malam. Ianya proses berterusan yang memakan masa yang agak lama. Kadang-kadang hasilnya dapat dilihat setelah pelajar ini menamatkan bangku persekolahannya.
   


10

Kesimpulan

Secara izharnya, buku ini sesuai untuk bacaan sekeluarga kerana menggunakan bahasa yang mudah dan sesuai untuk semua peringkat umur, ideanya tersusun,terdapat contoh-contoh dari al Quran, al Sunnah serta kontemporari,  ilustrasi menarik dan dipersembahkan dalam bentuk yang agak santai tetapi padat dengan nilai-nilai keilmuan
                                                                                 
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah:  SMK SERI BAHAGIA 28000 TEMERLOH                                 Kod Sekolah: CEB 7069


1.
Nama Guru


2.
Judul
Menangani Sifat Marah

3. Bidang: Motivasi
4.
Pengarang
Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Mumtazah Tumian dan Mahfuzah Omar
5. Muka Surat:104

6.
Terbitan

Telaga Biru sdn. bhd
7.
Sinopsis :
Buku ini membincangkan panduan untuk individu menangani sifat marah yang ada dalam diri. Sifat marah ini ditamsilkan seperti seekor singa yang berada dalam diri manusia. Seekor singa yang lepas bebas boleh membahayakan ramai orang. Dia akan menjadi anti sosial, ego, dan garang. Ianya digelar raja binatang.
     Namun sebaliknya, seekor singa yang telah dijinakkan mampu menjadi penghibur seperti singa sarkas. Ia juga mampu menjadi hero dalam filem, pergerakannya lemah lembut sehingga kanak-kanak pun mampu terpikat kepadanya,
     Begitulah sifat marah dalam jiwa manusia, jika tidak terkawal mampu mengundang musibah. Marah harus dikawal seperti penjaga zoo melatih singa. Makanannya tetap daging mentah tetapi tidak menyerang sesuka hati seperti singa di hutan ketika mencari makanan.
    Sifat marah yang terkawal akan mengubah manusia menjadi makhluk “super” seperti yang terjadi kepada Khalifah Umar Al Khatab. Sebelum Islam dia umpama singa setelah Islam juga dia tetap singa. Malah singanya Umar setelah Islam telah menjadikan Islam itu bertambah kuat serta menjadi dalil sejarah yang menjadi contoh mukmin sejati sehingga ke hari ini.
   Antara cadangan buku ini untuk mengawal sifat marah ialah mengamalkan sift-sifat terpuji, mencintai Allah dan Rasul,dan hidup berkeluarga dengan mewujudkan suasana tenteram dan harmonis.
       Selain  itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat al Quran dan al Hadis yang menjadi panduan untuk mengawal sifat marah. Terdapat juga doa-doa yang disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga.

8.
Nilai Pengetahuan / Pengajaran

     Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mengawal sifat marah. Amarah yang tidak terkawal akan mengundang natijah negatif terhadap individu dan masyarakat di sekelilingnya. Marah yang tidak terkawal akan mencetuskan pergaduhan, mengundang kemurungan, menjadikan diri dibenci, mengganggu kesihatan minda, menjejaskan kesihatan seperti cepat tua, sakit jantung, darah tinggi dan jangkitan kuman.
   Di samping itu, pembaca dicadangkan kaedah-kaedah untuk mengawal kemarahan seperti beristighfar, kurang menimbulkan provokasi, jangan menambahkan kemarahan orang lain yang sedang marah, benarkan atau iakan hujah orang yang sedang marah, segera mengingati diri bahawa marah bukan penyelesaian masalah, segera ingat marah bukan tindakan manusia bertamadun, memperlahankan intonasi suara ketika di khalayak, jangan memandang muka orang yang sedang marah, lepaskan kemarahan dengan menjerit di tempat sunyi dan segera berwuduk dan bersembahyang sunat.
 “Firman Allah SWT “Sesungguhnya solat itu akan mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar”. (Al Ankabut : 45)
  


9.
Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

   Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk mengubah tabiat manusia yang sering marah kepada sikap yang positif. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang juga masih di usia anak-anak yang banyak karenah. Pelajar sekolah seringkali melakukan salah laku dan acap kali menimbulkan provokasi kepada guru. Oleh itu, guru perlulah bijak mengawal emosi supaya permasalahan pelajar ini ditangani dengan berkhemah dan bijaksana. Guru perlu mengawal kemarahan kerana marah yang tidak terkawal akan mengakibatkan tindakan yang kurang bijak seperti melempang dan memukul di luar batasan manusia. Guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya dengan nilai-nilai yang baik. Berikanlah contoh yang baik kepada mereka.
    
   


10

Kesimpulan

Tuntasnya, sifat marah perlu dizahirkan dalam bentuk lain seperti keazaman , kesungguhan, kegigihan, kerja keras, semangat mengatasi orang lain, dan paling penting ilmu mengawal kemarahan perlu dikuasai supaya diri menjadi individu yan berjaya di dunia dan akhirat.

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah:  SMK SERI BAHAGIA 28000 TEMERLOH                                 Kod Sekolah: CEB7069


1.
Nama Guru


2.
Judul
Berfikir Dalam Bilik Darjah

3. Bidang:Pedagogi
4.
Pengarang
Ainon Mohd & Abdullah Hassan
5. Muka Surat:163

6.
Terbitan

Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
7.
Sinopsis :
Buku ini merupakan hasil penyelidikan, ujian dan pengalaman pengarang sewaktu mengajar kanak-kanak berfikir. Isunya ialah pelajar sering dikatakan “budak bodoh’, “budak lembam” dan yang seumpamanya. Dapatan pengarang, terdapat pelajar yang dianggap kurang cerdik sewaktu dibangku sekolah akhirnya membesar sebagai “taukeh”, tuan punya syarikat ataupun majikan kepada pelajar yang pintar sewaktu dibangku sekolah. Pengarang juga menjustifikasikan kepintaran itu kepada kepintaran belajar dan kepintaran berfikir. Ramai individu yang berjaya pada hari ini merupakan individu yang mahir berfikir.
       Pengarang juga mencadangkan cara-cara mengajar kemahiran berfikir dalam bilik darjah seperti menghidupkan suasana kelas, mengaplikasi pemikiran konvergen dan divergen, memuji murid, memberi ganjaran,  guru menjadi pembimbing, mendorong kreativiti, jangan menjadi diktaktor,  toleransi pada ambiguiti, berpersonaliti menarik, mempelbagai rangsangan dan mempelbagai teknik menyoal.
     Pengarang juga turut memperkenalkan teknik mengajar kemahiran berfikir menggunakan kaedah infusi iaitu kaedah yang dianjurkan oleh pihak kementerian. Setiap teknik-teknik yang dianjurkan disertakan contoh-contohnya sekali supaya para guru dapat memahami dan menggunakan teknik tersebut sewaktu mengajar.  

8.
Nilai Pengetahuan / Pengajaran

     Buku ini perlu dimiliki oleh para guru sebagai bacaan tambahan yang mana kandungannya akan dapat membantu guru ketika berada dalam bilik darjah. Menerusinya kita akan faham tentang kepelbagaian kepintaran pelajar. Sebagai contoh terdapat pelajar yang pintar IQ, pintar matematik, kepintaran akademik, kepintaran praktikal, dan kepintaran EQ. Melalui pengetahuan ini kita boleh mengesan kepintaran para pelajar di dalam kelas. Oleh itu, potensi diri mereka akan dapat diketengahkan.
     Pengarang juga mencadangkan aktiviti yang perlu dilakukan oleh guru di dalam kelas. Guru kurang digalakkan mengeluarkan arahan seperti :
    “ Saya mahu..
    “Kamu perlu...
Soalan seperti itu terlalu berbentuk arahan yang mana akhirnya akan menenggelamkan kreativiti pelajar. Para guru digalakkan menyoal pelajar dengan soalan yang mencabar minda seperti:
     “ Bagaimana sekiranya..
     “Apa yang perlu kita.....
      “ Sekiranya.....

9.
Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

   Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk guru gunakan di dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang berbagai-bagai ragam dan karenah. Guru juga perlu tahu tahap dan jenis kepintaran pelajarnya. Ini akan dapat membantu para guru menentukan kaedah paling sesuai yang akan digunakan sewaktu mengajar. Oleh itu pendekatan kreatif perlu untuk mengekang permasaalahan ini.
     Kita boleh menghayati cara Lukman Hakim dalam mendidik anak-anaknya. Lukman mengajak anaknya turun ke lapangan dengan menderai seekor keldai. Di akhir kembara mereka, Lukman menerangkan tentang sifat manusia yang akan sentiasa mencari kesalahan orang lain walau dalam apa jua situasinya..
    Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya mudah dan perlu ditangani dengan bersabar dan kreatif.  


10

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, buku ini sesuai untuk bacaan semua guru kerana olahannya dipermudahkan dengan bahasa yang mudah dan sesuai untuk semua peringkat umur, ideanya tersusun,terdapat contoh-contoh yang kontemporari,   dan dipersembahkan dalam bentuk yang ringkas tetapi padat.

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah:  SMK SERI BAHAGIA 28000 TEMERLOH                                 Kod Sekolah: CEB7069


1.
Nama Guru


2.
Judul
Mengurus Disiplin Pelajar

3. Bidang: Kaunseling
4.
Pengarang
Abdullah Sani Yahaya
5. Muka Surat:244

6.
Terbitan

PTS Publications & Distributors sdn. bhd
7.
Sinopsis :
Buku ini membincangkan tentang disiplin pelajar dan panduan untuk menanganinya. Kandungannya merujuk Laporan Kabinet 1979 apabila sebahagian besar syor itu, banyak tertumpu kepada persoalan disiplin pelajar. Selain itu, masalah disiplin dalam kalangan pelajar tidak akan berhenti dan selesai begitu sahaja, tetapi berkehendakkan kepada usaha berterusan bagi menjamin keutuhan individu remaja yang kental dan memacu negara ini ke era yang lebih gemilang.
     Disiplin bukan suatu sekatan, tetapi satu cara teratur dalam melaksanakan satu warisan budaya bangsa yang dapat dilanjutkan dengan pembaikan di sana sini. Apa yang membimbangkan ialah pengaruh mendatang yang tidak berjaya dijaring dan dijala oleh generasi muda hari ini.Gejala ini dikhutiri akan memberikan kesempatan kepada orang luar untuk menguasai minda anak watan kita.
   Buku ini menjelaskan tentang disiplin pelajar, pelbagai masalah disiplin, mengenal sahsiah individu, kesan-kesan sahsiah pelajar yang tidak formal, kepentingan interaksi pelajar, pelbagai salah laku pelajar, cara pembangunan generasi mendatang, disiplin dalam bilik darjah, sekolah kondusif, hubungan antara disiplin dengan sosio emosi, tingkah laku Devian, peranan bimbingan & kaunseling dan pembimbing rakan sebaya dalam menangani disiplin pelajar.
   Oleh itu, harapan dan impian semua pihak  agar generasi pelajar ini dapat membesar menjadi orang yang baik, mempunyai imej bermoral tinggi, bersikap waja diri dan tidak melihat institusi sekolah sebagai tempat tahanan dan  kongkongan.
.

8.
Nilai Pengetahuan / Pengajaran

     Buku ini menerangkan faktor mempengaruhi disiplin pelajar seperti cara asuhan dan didikan di rumah, sikap negatif ibu bapa terhadap pembelajaran, persekitaran tempat tinggal juga banyak membentuk perilaku pelajar, sikap guru yang tiada ketulenan sewaktu mengajar dan ketiadaan motivasi dalaman dalam diri pelajar berkenaan.
    Selain itu, permasalahan disiplin yang menjadi isu negara juga dibentangkan seperti ponteng sekolah, ponteng kelas, datang lewat, pakaian berfesyen dan selekeh, rambut tidak diurus dengan baik, merokok dan dadah. Permasalah ini berpunca dari diri pelajar itu sendiri, pengaruh rakan, pengaruh media, kurang kawalan ibu bapa, kurang kawalan pihak sekolah dan masyarakat yang tidak lagi memainkan peranannya
    Di samping itu, terdapat saranan untuk  membaiki masalah ini seperti penerapan nilai dalam bilik darjah, pemupukan nilai d rumah, pemupukan nilai dalam kalangan rakan, pemupukan  nilai di sekolah dan membudayai ilmu. Terdapat juga cadangan untuk memantapkan program Pembimbing Rakan Sebaya. Hanya rakan sebaya yang lebih arif dan dekat dengan rakan mereka.

9.
Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

   Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk mengubah tabiat pelajar kepada sikap yang positif. Tugas guru sering berhadapan dengan pelajar yang banyak menimbulkan karenah. Pelajar sekolah seringkali melakukan salah laku dan acap kali menimbulkan provokasi kepada guru. Oleh itu, kandungan buku ini amat sesuai supaya permasalahan pelajar ini ditangani dengan berkhemah serta bijaksana. Guru perlu mengawal disiplin dengan bijak supaya tidak  akan mengakibatkan tindakan yang kurang bijak seperti melempang dan memukul pelajar. Para pelajar yang baik boleh digunakan untuk membimbing pelajar yang bermasalah ini dan walau apapun tindakan ingatlah guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya supaya dapat mengamalkan nilai-nilai yang baik.
   


10

Kesimpulan

Konklusinya, guru perlu memainkan peranannya dengan lebih aktif, gigih, kerja keras, bersemangat , dan mengawal kemarahan dalam usaha menangani masalah disiplin ini. Pelajar adalah aset berharga yang perlu ditangani dengan bjaksana.


                                                              

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah:  SMK SERI BAHAGIA 28000 TEMERLOH                                 Kod Sekolah: CEB 7069


1.
Nama Guru


2.
Judul
Kejurulatihan dan Sains Sukan

3. Bidang: Pendidikan
4.
Pengarang
Haji Gapor Ahmad
5. Muka Surat:151

6.
Terbitan
Utusan  Publications & Distributors sdn. Bhd

7.
Sinopsis :
Buku ini mengulas pelbagai kaedah dan persoalan dalam bidang sukan mahupun sains sukan. Ianya merangkumi aspek teori, latihan fizikal dan mental serta pengaplikasiannya dalam mempertingkatkan prestasi sukan.
    Antara lain, pengkhususan kepada jurulatih sukan yang serius sewaktu merancang dan melaksanakan latihan untuk meningkatkan prestasi atlet. Kandungannya juga dapat meningkatkan pengetahuan jurulatih dalam bidang kejurulatihan. Manakala aspek lain pula dikhususkan untuk guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan peminat Sains Sukan dalam bidang pedagogi dan perancangan yang berkesan dalam sukan.
   Permulaan buku ini memberi peluang kepada pembaca mengenali aspek yan berkaitan dengan asas kejurulatihan sukan. Penulis cuba menonjolkan pendekatan saintifik dalam asas kejurulatihan. Di sampin itu, ianya menjadi sumber rujukan yang baik kepada jurulatih yang giat melatih dan mencari ilmu kejurulatihan.
   Pendekatan buku ini berasaskan teori kejurulatiha sukan yang membahagikan latihan kepada empat bidan iaitu fizikal dan fisiologikal, teknkal, psikolgikal dan taktikal. Bidang fizikal dan fisiologikal menyentuh aspek suaian anatomi dan fisilogi asas, teori kecergasan serta prinsip dan kaedah latihan sukan. Semua aspek ini terdapat dalam buku ini.
    Bidang teknkal meliputi aspek kemahiran sukan seperti kemahiran asas, kemahiran lanjutan, kemahiran individu dan berpasukan. Bidang mental atau psikologikal menyentuh aspek seperti motivasi, imej kendiri, penetapan matlamat, ketenangan dan komunikasi dalam sukan. Manakala bidang taktikal pula meliputi aspek sistem pertandingan, kekuatan dan kelemahan lawan, seta set-pieces.
  Pengarang juga berniat untuk menyebarkan ilmu kejurulatihan dengan harapan ramai jurulatih baru muncul di samping meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang kecergasan fizikal dan kesihatan masyarakat.
8.
Nilai Pengetahuan / Pengajaran

     Buku ini menerangkan ilmu kejurulatihan sukan amat luas dan dalam skopnya. Oleh itu, pembelajaran dan kajian secara sainstifik serta usaha-usaha yang lain perlu dilakukan untuk membantu jurulatih sukan memperkayakan ilmu pengetahuan, memurnikan kaedah dan cara serta pedekatan dalam membimbing atlet untuk mencapai kecemerlangan.
    Buku ini jga memberi kefahaman tentang pengertian sukan dan menghuraikan konsep-konsep latihan sebagai ilmu asas keperluan melatih. Beberapa huraian mengenai kejurulatihan dan siste tubuh badan manusia turut membantu pembacanya mengenali aspek-aspek asas mengenai falsafah serta pembinaan fizikal manusia.
    Menelusuri buku ini mengingatkan kita bahawa jurulatih sukan harus sentiasa menimba ilmu supaya kaedah, pendekatan dan taktikal mereka sentiasa releva dan kemas kini.
9.
Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

   Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk melatih atlet awal remaja. Idea yang dikemukakan membantu guru mengenal bakat, mengembangkan bakat dan menajamkan bakat pelajar di sekolah. Di samping itu, terdapat juga idea bagaimana untuk mengekalkan minat atlet terhadap sukan yang mereka ceburi.
   Asas yang penting ialah corak latihan yang baik untuk mengembangkan bakat seseorang atlet. Setiap atlet perlu diasuh kemahiran asas kepada pemahiran spesifik. Atlet yang ramai perlu diorganisasikan secara baik. Aspek yang sering dilupai ialah pemakanan atlet. Atlet perlukan pemakanan yang baik dan lengkap. Ilmu ini penting untuk guru yang melatih pasukan sekolah untuk memacu pasukannya menempa kejayaan.
   


10

Kesimpulan

Konklusinya, kejurulatihan sukan mempunyai talian yang rapat dengan sains. Asas-asas sains dalam latihan sukan pastinya dapat membantu jurulatih meningkatkan kualiti latihan. Bibit-bibit kecemerlangan sukan pasti dapat dirasakan apabila jurulatih mengaplikasikan teori-teori sains dalam latihan sukan.


308 ulasan:

  1. TAHNIAH CIKGU KERANA BANYAK MEMBACA DAN SEMPAT MENULIS SINOPSIS DENGAN BAIK DAN CEMERLANG. MOHON BACAAN INGGERIS JIKA ADA SEBAGAI PANDUAN KEPADA SAYA.

    BalasPadam
  2. Syabas. Banyak yang dapat membantu. Memang baik

    BalasPadam
  3. Wan Noradirawati Ismail28 April 2015 pada 9:56 PTG

    Syabas..Mohon untuk copy format tulis sinopsis buku

    BalasPadam
  4. Saya minx maaf saya copy 100% sbgai book review saya pd thn ni....kerana masalah teknikal...saya org baru x tau nk rujuk sapa... sbb pegawai2x d sekolah saya semua xbg kerjasama...
    Terima kasih...

    BalasPadam
  5. Terima kasih cikgu. Penulisan ini banyak membantu saya membuat ulasan buku. Mohon izin untuk copy ya. Terima kasih.

    BalasPadam
  6. Terima kasih cikgu. Penulisan ini banyak membantu saya membuat ulasan buku. Mohon izin untuk copy ya. Terima kasih.

    BalasPadam
  7. SAYA PUN SAMA COPY HABIS ESOK KENA HANTAR...TERIMA KASIH...

    BalasPadam
  8. Sy ambil dn olah.terima kasih ats perkongsian ini.mudah2an urusan cikgu dipermudah Ilahi.

    BalasPadam
  9. Mohon kebenaran untuk copy ya, terima kasih. Semoga bermanfaat buat semua pembaca.

    BalasPadam
  10. Saya mohon untuk copy yer untuk rujukan tq .....

    BalasPadam
  11. tahniah atas pembacaan cikgu...sangat membantu..mohon copy..tQ

    BalasPadam
  12. TAHNIAH CIKGU...MOHON COPY

    BalasPadam
  13. TERIMA KASIH CIKGU.. SAYA COPY 100%

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. MAAF,MOHON COPY & SHARE

      Padam
  14. Mohon untuk copy cikgu. btw tahniah untuk ulasan yang memberangsangkan

    BalasPadam
  15. Terima kasih..rujukan dan panduan utk semua.terbaiklah

    BalasPadam
  16. Balasan
    1. terima kih, mohon copy ya Puan. terima kasih

      Padam
  17. MOHON UNTUK COPY. tq tn

    BalasPadam
  18. Assalam puan...saya pun sama minta izin copy n paste..May Allah bless you n your whole family..Aaamiin..

    BalasPadam
  19. TERIMA KASIH. ALLAH JUA MEMBALASNYA

    BalasPadam
  20. assalam cikgu..sy mohon copy ya..semoga allah membalas kebaikan cikgu..trm ksh byk2

    BalasPadam
  21. assalamualaikum cg..sy mohon izin utk copy ya..jasa baik cg hanya Allah yang dapat membalasnya..

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum, cikgu saya mohon izin untuk copy paste bahan.. TERIMA KASIH.. kerana berkongsi.. semoga Allah mempermudahkan urusan cikgu sekeluarga, Aamiin..

    BalasPadam
  23. Salam. Saya nak mintak izin untuk copy book review. Terima kasih atas perkongsian ilmu. Sangat2 membantu saya.

    BalasPadam
  24. SALAM TUAN, SAYA MOHON COPY YE. JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIIRA.

    BalasPadam
  25. mohon utk copy ya....termia kasih atas perkongsian ilmu... sangat2 membantu sya...

    BalasPadam
  26. As Salam. Saya nak mintak izin untuk copy book review. Terima kasih atas perkongsian ilmu. Sangat2 membantu saya.JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIIRA.

    BalasPadam
  27. Assalammualaikum. saya mohon izin untuk copy book review. semoga anda dirahmati ALLAH.

    BalasPadam
  28. Assalam...saya minta izin copy ya. Moga jasa baik tuan dirahmati Allah.

    BalasPadam
  29. Mohon izin dan halalkan nak copy ya.. semoga d permudahkan urusan..

    BalasPadam
  30. Mohon izin dijadikan rujukan.tQvm

    BalasPadam
  31. mohon izin untuk copy dan rujukan. Semoga Allah memberkati dan merahmati cikgu sekeluarga.

    BalasPadam
  32. mohon izin utk copy dan rujukan. terima kasih cikgu.

    BalasPadam
  33. saya mohon izin copy..terima kasih

    BalasPadam
  34. saya mohon izin copy..terima kasih

    BalasPadam
  35. Salam...saya mohon izin copy boleh ke?

    BalasPadam
  36. Assalamualaikum...sy mohon izin rujuk dan copy...terimakasih cikgu

    BalasPadam
  37. Minta izin untuk menyalin. Semoga Allah membalas jasa puan. Aminnn

    BalasPadam
  38. Syabas & Tahniah cikgu.Terima kasih kerana sudi berkongsi idea.Mohon izin untuk rujuk & copy. Terima kasih cikgu

    BalasPadam
  39. Mohon izin untuk copy.. Terima kasih cikgu...

    BalasPadam
  40. Syabas & Tahniah cikgu.Terima kasih kerana sudi berkongsi idea.Mohon izin untuk rujuk & copy. Terima kasih cikgu

    BalasPadam
  41. Tq cikgu..mohon izin rujuk n copy..semoga cg dilimpahi Ilahi..

    BalasPadam
  42. Tahniah cikgu.Terima kasih kerana sudi berkongsi idea dan ilmu pengetahuan.Mohon dikonsi dan salin untuk rujukan.Terima kasih.

    BalasPadam
  43. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  44. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  45. Salam, terima kasih kerana berkongsi idea dan ilmu. Mohon diizinkan untuk rujuk can copy. Terima Kasih.

    BalasPadam
  46. mohon izin utk copy dan rujukan. terima kasih cikgu.

    BalasPadam
  47. mohon izin copy ye cikgu..terima kasih..

    BalasPadam
  48. Mohon izin copy ye Cikgu..terima kasih..semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal di atas perkongsian ilmu.

    BalasPadam
  49. Assalammualaikum. saya mohon izin dan halalkan untuk copy book review. semoga anda dirahmati ALLAH.

    BalasPadam
  50. Terima kasih kerana sudi berkongsi idea. Mohon izin untuk rujuk & copy. Terima kasih.

    BalasPadam
  51. Tq ..... Boh,
    Mohon untuk copy paste....,
    TQ so Much....

    BalasPadam
  52. Minta izin dan halalkan ye.
    Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik

    BalasPadam
  53. Mohon izin rujuk Dan copy. Terima kasih.

    BalasPadam
  54. terima kasih atas perkongsian..mohon izin copy dan halalkan yea.. Semoga Allah memberkati dan merahmati cikgu sekeluarga.

    BalasPadam
  55. sy mohon copy. Terima kasih byk kepada cikgu dan semoga dirahmatiNya

    BalasPadam
  56. Tahniah cikgu banyak maklumat dan ilmu diperolehi dpd bahan yg dikongsi ini.

    BalasPadam
  57. TERIMA KASIH CIKGU... MOHON PERKONGSIAN

    BalasPadam
  58. Assalamualaikum cg.. Mohon copy.. semoga cg dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan..

    BalasPadam
  59. Assalamualaikum. Saya mohon copy. Terima kasih atas perkongsian.

    BalasPadam
  60. As salam, mono untuk copy ya. term kasha cikgu.mintak halalkan ilmu ini ye.

    BalasPadam
  61. As salam, saya mohon untuk copy ya. Terima kasih. Mintak halalkan ilmu ni ye.

    BalasPadam
  62. SALAM...mohon copy ye..minta halal ilmu dan terima kasih, semoga Allah memberi rezeki yang melimpah ruah pada tuan sekeluarga..amin

    BalasPadam
  63. mohon copy ya cg. minta halal ilmu dan terima kasih

    BalasPadam
  64. Mohon untuk copy sebab sy masih budak baru belajar.Minta halal ilmu ye cikgu.

    BalasPadam
  65. saya copy ya tuan..terima kasih..semoga Allah permudahkan segala urusan tuan..

    BalasPadam
  66. Slm.. Mohon copy ye tuan... Semoga Allah bls sgl jasa baik tuan n dipermudahkan sgl2nya

    BalasPadam
  67. Saya mohon kebenaran copy. Tqvm

    BalasPadam
  68. mohon izin untuk copy.. esok kena hantar.. tq banyak.. semoga dipermudahkan urusan tuan.

    BalasPadam
  69. Assalamualaikum...mohon izin utk copy ya...tq banyak2

    BalasPadam
  70. Assalamualaikum, saya mohon izin utk copy sinopsis cikgu yea. Minta dihalalkan ilmu ini. Tkasih & semoga dipermudahkan urusan Cg.

    BalasPadam
  71. TERIMAKASIH CIKGU.SAYA MOHON IZIN COPY SINOPSIS CIKGU YE.SEMOGA DIPERMUDAHKAN URUSAN CIKGU EKELUARGA INSHALLAH.

    BalasPadam
  72. Assalamualaikum, saya mohon izin utk copy sinopsis cikgu yea. semoga dipermudahkan urusan

    BalasPadam
  73. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  74. Assalamualaikum Cikgu. Saya nak mintak izin untuk copy book review cikgu ye.Saya akan olahkan juga. Terima kasih atas perkongsian ilmu dan mohon halalkan ilmu ini ye cikgu. Semoga cikgu dimurahkan rezeki dan dipermudahkn segala urusan. JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIIRA

    BalasPadam
  75. Assalamualaikum cikgu.. Sy mohon share ye.. Terima kasih dan mg dipermudahkan segala urusan cikgu..

    BalasPadam
  76. Assalamualaikum cikgu, Terima kasih memberi pengkongsian untuk kupasan sebuah buku. Tahun lepas akak pernah copy bacaan tajuk Amarah.tp mohon maaf tanpa minta izin.so di sini mohon izin copy.. Tahun ni tahun terakhir saya mengajar sebelum bersara..semoga cuti kawalan pergerakan ni dapat memberi kita manafaat dengan pembacaan.. Salam.

    BalasPadam
  77. sangat berguna buku review saudara yang upload ini.terima kasih

    BalasPadam
  78. Assalamualaikum..saya mohon share.. Semoga dipermudahkan urusan cikgu..aamiin..

    BalasPadam
  79. ASSALAMUALAIKUM..Saya nak mintak izin untuk copy book review cikgu yer. Terima kasih atas perkongsian ilmu dan mohon halalkan ilmu ini ye cikgu. Semoga cikgu sekeluarga dimurahkan rezeki dan dipermudahkn segala urusan.

    BalasPadam
  80. Assalam..saya mohon share..semoga dipermudahkan urusan
    & Allah SWT melindungi cikgu..aamiin..

    BalasPadam
  81. Assalam mohon copy juga yer...minta halal.semoga dipermudahkan urusan

    BalasPadam
  82. assalamualaikum. mohon izin utk copy ye. terima kasih

    BalasPadam
  83. assalamualaikum...mohon izin copy ye....terima kasih byk2....semoga Allah membalasnya dengan jutaan kebaikan

    BalasPadam
  84. saya minta halal copy TQ

    BalasPadam
  85. Terima kasih panduan penulisan ulasan buku.mohon halalkan ya saya copy.semoga dipermudahkan segala urusan..

    BalasPadam
  86. Terima kasih panduan penulisan ulasan buku.mohon halalkan ya saya copy.semoga dipermudahkan segala urusan.

    BalasPadam
  87. Terima kasih panduan ulasan buku.sy juga mohon halalkan ya saya copy.

    BalasPadam
  88. assalamualaikum..mohon izin copy ye..syukran..moga sentiasa dlm rahmat dan kasih syg Ilahi

    BalasPadam
  89. Assalamualaikum .. mohon izin saya baca dan copy ye ..

    BalasPadam
  90. assalamualaikum..mohon izin copy ye..syukran..moga sentiasa dlm rahmat dan kasih syg Ilahi

    BalasPadam
  91. Assalamualaikum....mohon izin baca dan copy ye...tq

    BalasPadam
  92. Assalamualaikum..mohon izin baca dan copy ya..terima kasih.

    BalasPadam
  93. Halalkan nk copy ya. Terima kasih.

    BalasPadam
  94. MOHON HALALKAN,SAYA COPY UNTUK JADIKAN RUJUKAN.

    BalasPadam
  95. Mohon halalkan ya..sy copy utk rujukan.

    BalasPadam
  96. assalamualaikum.. saya mohon halalkan ye. saya copy untuk book review. terima kasih banyak-banyak

    BalasPadam
  97. assalamualaikum..mohon dihalalkan segala yg saya ambil dr ckgu..semoga ckgu dimurahkan rezeki..

    BalasPadam
  98. assalam cikgu...sy minta halal copy ye...tima kasih

    BalasPadam
  99. Assalamualaikum cgu. ..Mohon dihalalkan segala yang saya ambil dr cgu. Semoga cgu sekeluarga dimurahkan rezeki. Terima kasih byak2

    BalasPadam
  100. Tahniah. Terbaik. Semoga Allah merahmatimu. Aamin.

    BalasPadam
  101. mohon share ya.terima kasih..

    BalasPadam
  102. As salam puan..saya mohon puan halalkan yer,saya copy utk book review..terima kasih puan,semoga pun sentiasa dlm rahmatNya...

    BalasPadam
  103. Assalam puan, saya mohon puan halalkan untuk.saya cooy. Terima kasih

    BalasPadam
  104. terima kasih kerana share ilmu...mohon share

    BalasPadam
  105. Terima kasih puan..halalkan untuk saya copy..semoga puan sentiasa dirahmati Allah.

    BalasPadam
  106. Mohon halalkan untuk saya copy ye.. Terima kasih

    BalasPadam
  107. Terima kasih puan. saya mohon izin untuk saya copy sebagai book review.semoga puan sentiasa di murahkan rezeki dan saya mohon halalkan. terima kasih .

    BalasPadam
  108. tuan...saya mohon share hasil kerja tuan … moga dipermudahkan segala urusan. terima kasih

    BalasPadam
  109. Saya mohon share untuk contoh sebagai rujukan

    BalasPadam
  110. terima kasih.saya mohon share.minta halalkan.moga puan dimurahkan rezeki1`

    BalasPadam
  111. Assalam mohon copy juga yer...minta halal.semoga dipermudahkan urusan

    BalasPadam
  112. Assalamualaikum cikgu,syabas dan tahniah cikgu...saya nk mohon utk share dan copy contoh book review ini, minta dihalalkan...semoga cikgu sekeluarga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan...tqvm.

    BalasPadam
  113. ASSALAMUALAIKUM...MOHON COPY UNTUK RUJUKAN YA

    BalasPadam
  114. Mohon copy.smg Allah sj yg memblsnye.

    BalasPadam
  115. terima kasih ulasan yang baik,saya copy ye..

    BalasPadam
  116. Syabas dan tahniah cikgu...saya nk mohon utk share dan copy contoh book review ini, Book review ini byk membantu saya dlm menyediakan tugasan.Tkasih byk byk.

    BalasPadam
  117. Assalammualaikum
    Saya mohon copy ya
    Moga Allah permudahkan dan murahkan rezeki cikgu sekeluarga

    Terima kasih banyak��

    BalasPadam
  118. SALAM TUAN, SAYA MOHON COPY YE. JAZAKALLAHU

    BalasPadam
  119. Assalamualaikum..minta kebenaran untuk copy..mohon halalkan. Terima kasih

    BalasPadam
  120. salam. saya copy ye. mohon halalkan ilmu. semoga murah rezeki. terima kasih.

    BalasPadam
  121. assalamualaikum.. saya minta izin copy ye. mohon halalkan dan terima kasih..

    BalasPadam
  122. mohon copy 100% juga 😅 halalkan ye, moga urusan cikgu dipermudahkan kerana permudahkan urusan ramai guru lain

    BalasPadam
  123. assalamualaikum...mohon izin copy dan mohon halalkan, moga dipermudahkan segala urusan cikgu. terima kasih.

    BalasPadam
  124. Assalamualaikum...Mohon share dan halalkan..terima kasih moga dimurahkan rezeki cikgu sekeluarga..

    BalasPadam
  125. Assalamualaikum . Saya mintak izin copy dan mohon dihalalkan . Semoga dipermudahkan semua urusan tuan/puan .

    BalasPadam
  126. Assalamualaikum...saya pun minta kebenaran untuk copy...mohon dihalalkan..terima kasih.

    BalasPadam
  127. asslamualaikum cg.. mohon dihalalkan untuk sya share.. terima kasih..

    BalasPadam
  128. asalamualaikum cikgu..mohon izin utk di copy dan diolahkn sedikit..semoga urusan cikgu dipermudahkan.

    BalasPadam
  129. Assalamualaikum..mohon izin copy dan dihalalkan...terima kasih cikgu

    BalasPadam
  130. Assalam cikgu.sgt berguna n mohon halalkan.terima kasih

    BalasPadam
  131. Assalamualaikum. Saya minta izin untuk copy. minta halalkan.

    BalasPadam
  132. Assalamualaikum...sy minta izin copy juga ya...mohon halalkan..t.kasih banyak2..semoga Allah permudahkan urusan cikgu sekeluarga..

    BalasPadam
  133. mohon share ye. terima kasih banyak atas perkongsian.

    BalasPadam
  134. Assalamualaikum, mohon share ya cikgu..Terima kasih

    BalasPadam
  135. Assalamualaikum. Saya minta izin untuk copy. minta halalkan.

    BalasPadam
  136. Mohon utk kongsi...terima kasih cikgu

    BalasPadam
  137. assalam ..terima kasih cikgu ats perkongsian

    BalasPadam
  138. Assalamualaikum, akk mohon kongsi ye cikgu. Minta halalkan ye. Tkasih atas perkongsian.

    BalasPadam
  139. Alhamdulillah sngat membantu.. Terima kasih puan, saya mohon copy

    BalasPadam
  140. sama sek lah kite..tq sy mohon copy💋

    BalasPadam
  141. Terima kasih Puan, mohon share dan halal kan..

    BalasPadam
  142. saya minta izin copy yer..terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam
  143. Salam. Saya minta izin copy & edit ya. Terima kasih untuk perkongsian.

    BalasPadam
  144. Minta izin utk copy ye..terima kasih byk2..moga Allah jua mmblas jasa puan

    BalasPadam
  145. salam..sy mohon utk copy yer..terima kasih atas perkongsian..semoga Allah permudahkan segala urusan puan..

    BalasPadam
  146. Salam..sy minta izin untuk copy ye..terima kasih atas prkongsian..

    BalasPadam
  147. SANGAT MEMBANTU CIKGU .NAK BACA MACAM CIKGU JUGA PADA MASA AKAN DATANG.TETAPI CIKGU BENARKANLAH SAYA COPY PASTE UTK TUJUAN LDP.TERIMA KASIH CIKGU

    BalasPadam
  148. Minta kebenaran ..cikgu ..
    nak salin 2 book review..
    nak penuhkan kredit ladap

    BalasPadam
  149. assalamualaikum, saya minta halal untuk copy ya cikgu. terima kasih. semoga cikgu dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik. aaminn

    BalasPadam
  150. mohon copy, terima kasih. semoga urusan cikgu dipermudahkan dan diberi kesihatan yang baik, terima kasih

    BalasPadam
  151. Alhamdulilah..minta izin untuk copy bagi lengkapkan SPLG saya. Semoga cikgu yang memberi akan sentiasa dalam rahmat Allah dan mendapat keberkatan.

    BalasPadam
  152. Terima kasih atas perkongsian cikgu, saya minta izin utk copy bahan ini..semoga cikgu sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan..aamiin..

    BalasPadam
  153. Assalamualaikum.
    Saya mohon izin cikgu menyalin bahan sinopsisi cikgu. Minta halalkan. Terima kasih atas perkongsian sinopsis buku . Semoga cikgu sentiasa dirahmati dan diberkati. Aamiin.

    BalasPadam
  154. Assalamualaikum.
    Saya mohon izin cikgu menyalin bahan sinopsisi cikgu. Minta halalkan. Terima kasih atas perkongsian sinopsis buku . Semoga cikgu sentiasa dirahmati dan diberkati. Aamiin.

    BalasPadam
  155. Assalamualaikum.
    Saya mohon izin cikgu menyalin bahan sinopsisi cikgu. Minta halalkan. Terima kasih atas perkongsian sinopsis buku . Semoga cikgu sentiasa dirahmati dan diberkati. Aamiin.

    BalasPadam
  156. ASSALAMUALAIKUM... SAYA JUGA MOHON IZIN BAHAN YANG CIKGU KONGSIKAN.. SEMOGA ALLAH MERAHMATI CIKGU...AAMINN

    BalasPadam
  157. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya mohon izin dari pihak Cikgu berkaitan bahan yang dikongsikan untuk dijadikan panduan. Terima kasih.

    BalasPadam
  158. salam sejahtera....mohon izin baca dan copy...tq

    BalasPadam
  159. Salam Pn..mohon izin baca & copy. Semoga Allah melimpah ruahkan rezeki & mempermudahkan urusan puan.. Terima kasih di atas perkongsian..

    BalasPadam
  160. SALAM PUAN.. SAYA MINTA IZIN COPY N PASTE YE.. MINTA HALALKAN SEGALA PERKONGSIAN.. TERIMA KASIH..

    BalasPadam
  161. SALAM PUAN.. SAYA MINTA IZIN COPY N PASTE YE.. MINTA HALALKAN SEGALA PERKONGSIAN.. TERIMA KASIH..

    BalasPadam
  162. Assalam Puan, saya mohon baca, copy dan paste bahan tersebut. Terima kasih

    BalasPadam
  163. TERIMA KASIH CIKGU.. SAYA COPY 100%

    BalasPadam
  164. Assalamualaikum.. Terima kasih cikgu.. Sy mohon copy yer


    BalasPadam
  165. tahniah cikgu. mohon izin copy ye.

    BalasPadam
  166. Tahniah cikgu. saya mohon copy.terima kasih.

    BalasPadam
  167. SALAM PUAN.. SAYA MINTA IZIN COPY N PASTE YE.. MINTA HALALKAN SEGALA PERKONGSIAN.. TERIMA KASIH..

    BalasPadam
  168. saya mohon copy ya.perkongsian yang bermanfaat

    BalasPadam
  169. Assalamualaikum cikgu....minta izin copy dan paste (utk olahan) Halalkan ye perkongsian ini. Tk sekali lagi

    BalasPadam
  170. salam puan. mohon izin dan halalkan sy copy utk book review. terima kasih.

    BalasPadam
  171. salam...mohon saya copy ya..semoga puan sentiasa dimurahkan rezeki..aaminn

    BalasPadam
  172. Tahniah dan syabas.mohon copy ye..moga sentiasa dirahmati Allah

    BalasPadam
  173. Salam.. sy mohon copy yer cikgu... Terima kasih atas perkongsian ini dan semoga dipermudahkan segala urusan cikgu di dunia dan di akhirat.. aamiiin..

    BalasPadam
  174. assalam...sy minta izin untuk copy ya cikgu...mohon halalkan...terima kasih cikgu...moga cikgu sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan...

    BalasPadam
  175. Terima kasih cikgu. Penulisan ini banyak membantu saya membuat ulasan buku. Mohon izin untuk copy ya. Terima kasih.

    BalasPadam
  176. saya mohon copy ya.perkongsian yang bermanfaat

    BalasPadam
  177. Saya mohon untuk copy ya. Terima kasih

    BalasPadam
  178. Assalamualaikum.. Sy minta izin copy dan minta dihalalkan ulasan yang cikgu buat ni. Semoga Allah melimpahkan rezeki yang berpanjangan buat cikgu

    BalasPadam
  179. Assalamualaikum, izinkan saya copy and paste....tq atas perkongsian yang berguna.

    BalasPadam